NADIA BRIAN minta maaf kepada mereka yang tidak selesa dengan penampilannya pada satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Pelakon Nadia Brian menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak peka dengan sensitiviti masyarakat apabila tampil dengan imej seksi sehingga hampir menampakkan sebahagian payu daranya dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Pelakon Nadia Brian menafikan dakwaan bahawa dirinya tidak peka dengan sensitiviti masyarakat apabila tampil dengan imej seksi sehingga hampir menampakkan sebahagian payu daranya dalam satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Nadia Brian atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 26, berkata, penampilannya pada malam itu hanyalah mengikut tema majlis selain diberikan sentuhan daripada penata gaya.
“Sebenarnya ketika menggayakan busana tersebut, saya ada memakai tube (pakaian dalam).
“Mungkin orang tidak perasan. Bukanlah saya sengaja mahu tampil seksi sebegitu. Saya pun faham dengan sensitiviti orang sekeliling,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurut pelakon drama Cik Serba Tahu itu, dia sudah lali apabila netizen kerap melabel dirinya dengan imej seksi.
“Kalau ada yang tidak selesa dengan penampilan saya ketika itu, saya memohon maaf.
“Pada saya seksi itu subjektif. Pakai baju kurung pun orang boleh melabelkan diri kita seksi,” katanya.
Nadia Brian dikatakan hampir menampakkan sebahagian payu daranya apabila salah seorang kenalan artis berkongsi video dirinya secara langsung di Instagram sewaktu menghadiri sebuah majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini. (Kosmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memakai pakaian seksi sehingga nampak payu dara atau apa sekali pun, ianya lebih baik dari seseorang yang siangnya bersyahadah tetapi malamnya menjadi 'kufur'. Yakni menjadi kufur kerana melaku perkara-perkara yang membatalkan syahadah.
Ertinya sekejap jadi Islam, dan sekejap lagi jadi kufur. Menjadi Islam, antaranya kerana mengucap syahadah termasuk baca bacaan yang ada dalam ibadat sembahyang. Menjadi kufur pula kerana:
- mengatakan 'Islam (termasuk perundangannya) tidak sesuai zaman ini..
- Ikut Islam jadi miskin dan papa kedana..
- Ingkar dengan arahan-arahan ibadat yang ditentukan dalam Islam. Tidak ikut kerana malas, itu lain. Tetapi 'ingkar' atau menyanggah, itu yang berat hukumnya.
- Dan banyak lagi.
Sekian, ringkas saja, kalau salah, tolong betulkan. Wallahu 'aklam.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
Mike Sabu selfie amoy langgar dada. Akibatnya ramai yg berani tayang dada
ReplyDelete