Saturday, November 04, 2017

Nik Aziz Pilih Yang Bertelur, Bukan Yang Berkokok Sebagai MB.




'Perang mulut' antara pemimpin PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan nampaknya semakin hangat.

Terbaru, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan sebab Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak memilih bekas exco kanannya, Datuk Husam Musa sebagai pengganti.

Sebaliknya kata Mohd Amar, Nik Aziz yang juga bekas menteri besar Kelantan memilih Datuk Ahmad Yakob sebagai pengganti walaupun Husam lebih popular dalam kalangan rakyat.

Beliau menyifatkan pemilihan sebagai menteri besar itu dibuat atas keyakinan Nik Aziz terhadap Ahmad yang diyakini mampu memberi manfaat kepada Kelantan.
















"Tok guru pilih Tok Mad (Ahmad) sebab dia nak pilih yang 'bertelur' (mendatangkan hasil) bukan yang 'berkokok' (bercakap) saja.
"Tok guru nak bagitahu Kelantan perlukan orang yang boleh bertelur bukan yang berkokok. Yang jenis berkokok ini ramai. Berkokok sambil berak.
"Tok guru nak ajar kita yang jenis berkokok ni tak ada telur, batu pun tak ada," katanya ketika berceramah di Kampung Hujung Tanjung, Kota Bharu, malam tadi.

Terdahulu, Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS dilantik menerajui Kelantan sejak 6 Mei 2013 selepas Nik Aziz mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar yang dipegangnya sejak tahun 1990.

Pelantikan itu sekali gus meminggirkan Husam yang sebelum itu disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz, malah beliau dilihat lebih menonjol dalam usaha membantu urus tadbir kerajaan negeri Kelantan.

Malah, ketika diberi tanggungjawab sebagai exco ekonomi, kewangan dan kebajikan Husam mengetengahkan pelbagai idea kepada kerajaan negeri antaranya penubuhan Kelantan Golden Trade, Tuntutan Royalti Kelantan, Projek Penternakan Kambing Jamnapari dan Pembinaan Lebuh Raya Rakyat.
Bagaimanapun segala usahanya itu kebanyakan dilihat sebagai gagal lebih-lebih lagi selepas digugurkan daripada jawatan exco.

Sementara itu Mohd Amar berkata, walaupun Husam diakui cerdik dan bijak tetapi Nik Aziz lebih arif menilai antara kedua-dua individu tersebut.

"Tok guru pilih Datuk Ahmad ini kenapa? Datuk Husam memang orang sohor (tersohor) di Kelantan, dia cerdik dan bijak kita akui, idea dia pelik daripada orang (lain), hingga tak boleh buat.

"Tok Mad orang tak terkenal, dia timbalan menteri besar tapi ramai orang tak kenal.
"Orang kenal Husam lagi, tapi kenapa sampai masa tok guru cari penggantinya dia tak pilih Husam?" katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata, Nik Aziz mengenali peribadi antara Ahmad dan Husam.

"Tok guru kenal kedua-duanya, Husam selalu ikut belakang tok guru, ke pejabat. Hantar makanan macam-macam bagi pada tok guru.
"Tok Mad ikut juga sebab dia timbalan, dan bila nak pilih pengganti tok guru pilih Ahmad bukan Husam. Dia tilik, tengok dan suluh (teliti)," katanya.



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solusi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

Husam ini memang tak guna, selalu sangat kacau daun menyusahkan ulama nak rembat kawasan balak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails