Thursday, November 30, 2017

Pekan Rantau Panjang Kini Lumpuh.

 PEMANDANGAN melalui udara menunjukkan Rantau Panjang lumpuh berikutan limpahan air Sungai Golok setelah hujan selama enam hari. - Foto Fathil Asri


RANTAU PANJANG: Pekan Rantau Panjang lumpuh selepas dinaiki air sehingga paras satu meter dan menjejaskan keseluruhan aktiviti perniagaan, di sini.
Tinjauan BH mendapati keseluruhan kawasan di pekan itu mula dinaiki air sejak 12 tengah hari, semalam sekali gus menyebabkan semua premis perniagaan di tutup.
Semua agensi keselamatan seperti pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) memberi kerjasama baik dalam membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim, berkata segala aktiviti di pekan itu terhenti malah semua penduduk dinasihatkan berpindah ke tempat selamat.
 PEMANDANGAN melalui udara menunjukkan Rantau Panjang lumpuh berikutan limpahan air Sungai Golok setelah hujan selama enam hari. - Foto Fathil Asri
"Sehari sebelum air mula membanjiri pekan ini, kebanyakan penduduk sudah mula mengambil inisiatif sendiri mengemas rumah serta menyelamatkan dokumen penting.
"Selain itu, kenderaan mula diletakkan di kawasan tinggi bagi mengelak daripada rosak atau hanyut dibawa arus deras.
"Kebanyakan penduduk sudah mula meninggalkan kediaman mereka apabila air mula naik kerana khuatir akan keselamatan terutama kanak-kanak," katanya.
Mohd Adni berkata pihak bomba sendiri dari awal menasihati penduduk untuk segera berpindah atau menghubungi mana-mana agensi keselamatan jika banjir mula melanda.
"Pemantauan dan rondaan dilakukan dengan lebih kerap bagi memastikan keadaan terkawal. Begitu juga dengan proses kerahan kepada segelintir penduduk yang ingkar dan tidak mahu berpindah.
"Saya nasihatkan kepada mangsa yang tidak berpindah agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri," katanya. (BH)
 PEMANDANGAN melalui udara menunjukkan Rantau Panjang lumpuh berikutan limpahan air Sungai Golok setelah hujan selama enam hari. - Foto Fathil Asri


Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

Orang rantau panjang,tak perlu khuatir, sebab lori anak kak lah pasti sampai walaupun banjir melanda. Kerana lori ini mempunyai beberapa ciri istimewa. Bukan saja kalis air tetapi. Boleh dipandu tanpa kunci. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Wah DA-Pig paling hebat kerana di waktu banjir Penang , semua pemimpin dan barua DA-Pig menghilangkan diri tidak menolong mangsa banjir. Alhamdulillah PAS dan kerajaan pusat telah membantu mangsa banjir Penang. Inilah dasar LGE berlagak seperti ayam jantan berkokok kuat dan nyaring tetapi ekor berlumuran tahi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails