KLANG: Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai menjadi 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.
Sumber berkata, anggota berusia 26 tahun itu dan bertugas di cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang, ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium di Setia Alam.
Katanya, ketika serbuan itu, polis turut menemui pakaian seragam anggota selain peralatan menghisap syabu.
"Ketika serbuan itu juga, polis turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang turut menjadi pelacur dan dia mengaku sebagai teman wanita anggota polis itu.
"Difahamkan juga, sindiket ini mengiklankan semua pelacur sebagai gadis Malaysia bagi menarik minat pelanggan," katanya kepada BH.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu, berkata dalam operasi yang diadakan semalam, empat wanita warga Indonesia dan tiga lelaki rakyat tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.
WANG tunai dan kondom dirampas dalam operasi sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di Klang. - Foto ihsan Polis
INAP desa dan hotel di Klang diserbu kerana disyaki menyediakan khidmat pelacuran. - Foto ihsan Polis
Beliau berkata, semua suspek ditangkap dalam dua serbuan berasingan menerusi Ops Noda di hotel dan inap desa sekitar Klang.
"Semalam, kira-kira jam 6.15 petang, sepasukan anggota D7 IPD Klang Utara dan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membuat pemerhatian dan risikan mengesahkan kegiatan sindiket pelacuran di hotel berkenaan.
"Berdasarkan maklumat daripada aplikasi WhatsApp menerusi telefon bimbit, terdapat sindiket pelacuran dengan mempamerkan gambar wanita dengan nama Miss Dyan, Miss Aylla, Miss Evi dan Suraya, dipercayai berlaku di hotel di Klang.
"Pasukan membuat pemeriksaan dan serbuan di tiga buah bilik di hotel berkenaan. Kita menangkap tiga wanita warga Indonesia dan dua lelaki rakyat tempatan masing-masing disyaki pelacur dan penjaga kepada pelacur terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mazelan berkata, pasukan berkenaan turut menahan seorang lelaki rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia dalam serbuan kedua di sebuah inap desa di Setia Alam, di sini.
"Tiga lelaki rakyat tempatan ditahan reman selama empat hari dan empat wanita warga Indonesia direman selama 14 hari bermula hari ini.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan.
"Pihak JAIS pula menyiasat kes ini mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri," katanya. (BH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Harapkan pagar, ......
Post a Comment