Wednesday, November 08, 2017

Ramai Nak ‘Sponsor’ Baju Aishah. Al-hamdulillah, Pakaian Agak Sopan..?


Aishah terharu dengan tawaran pereka fesyen yang berminat menaja busananya untuk GV4. Foto: THE STAR/ IZZRAFIQ ALIAS

HALAMAN HIBURAN

PENYANYI Aishah akan mempertimbangkan pelawaan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang ingin menaja busana istimewa khas untuknya jika berjaya ke peringkat akhir Gegar Vaganza 4 (GV4).

Menurut Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, buat masa ini dia tidak mahu lagi memikirkan tentang soal tajaan tersebut kerana perjalanan dalam GV4 masih panjang lagi.

"Saya maklum tentang pelawaan daripada Calvin itu, namun buat masa ini tidak mahu fikirkan lagi tentang tawaran itu.

 Penampilan Aishah di pentas GV4 menjadi perhatian peminat dan netizen.

"Iyalah, perjalanan untuk ke final jauh lagi, masih ada beberapa minggu lagi dan dalam pertandingan apa-apa pun boleh berlaku.
"Sekarang ni kita enjoy dulu dengan konsert dan saya mahu fokus dengan persembahan minggu depan," katanya kepada mStar Online.

Calvin Thoo menerusi kenyataan di sebuah portal berita menyatakan hasrat untuk menghadiahkan Aishah busana istimewa untuk digayakan pada pentas final GV4.

Terdahulu, penampilan Aishah pada minggu kedua Ahad lalu mendapat kritikan segelintir netizen yang menganggap gaun berwarna merah dipakainya tidak sesuai dengan status dia yang sudah dianggap legenda.

 Calvin Thoo (tengah), sering menaja pakaian selebriti popular negara.

Malah, timbul desas-desus mengatakan, penyanyi lagu Janji Manismu ini tidak mendapat sebarang tajaan baju seperti peserta yang lain.

Bagaimanapun, Aishah menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan telah menerima banyak tawaran daripada pereka fesyen yang mahu menghasilkan baju untuknya.

"Kelakar pula bila kecoh fasal baju, sekarang ni banyak pula yang tawar nak buatkan baju untuk saya, rasa sungguh terharu.

"Minggu depan dah ada baju sponsor untuk saya, tapi siapa pereka baju itu, biarlah rahsia," ujarnya.

 Amir Kadir berhasrat menaja pakaian Aishah sepanjang rancangan GV4.

Sementara itu, pereka fesyen terkenal Amir Kadir  menzahirkan hasratnya untuk menaja pakaian Aishah sepanjang berada di pentas GV4.

Amir yang pernah mereka baju untuk digayakan oleh bintang Hollywood seperti Paris Hilton, Taylor Swift dan Jessi J turut tertarik memberikan sentuhan gaya kepada Aishah.

"Selama 16 tahun saya bermastautin di sana (Dubai) termasuk di Kuwait City, Kuwait dan tahun lalu saya mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air bagi meneruskan karier sebagai pereka fesyen.

"Dulu ketika memulakan kerjaya di Malaysia, nama Aishah begitu gah dan kini sekembalinya ke sini, saya terpanggil untuk menajanya memandangkan kami rakan seangkatan.

"Tambahan pula selepas tular di media sosial mengenai isu penajaan baju Aishah membuatkan saya mahu menawarkan tajaan ini,” katanya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, pakaian Aishah agak sopan berbanding dengan artis-artis lain. Tetapi aktivitinya secara keseluruhan adakah menepati syariat bagi seorang muslimah yang menjadi artis masakini?

Adakah sejak Aishah keluar parti politik PAS (parti Islam) dan menyertai Amanah (PAN yang belum Islam) suasana peribadi pun sudah berubah, seperti presidennya (Amanah)? Dulu tak boleh sekarang boleh? 

Maaf gurau-gurau sahaja. Namun hukum tetap hukum.. Wallahu'aklam..







Hasil carian imej untuk mohd sabu bersama amoi

6 comments:

Anonymous said...

Snapshot mike syabu selfie amoy langgar dada waktu bershit, I like!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Seluar dalam dari benang emas keluaran Putera Jaya Enterprise sedang dijual.Terdapat logo bulan dan dacing khusus untuk penyokong PAS dan UMNO.Seluar dalam ini sesuai untuk dijadikan koleksi seumur hidup kerana sayang dengan PAS atau UMNO.Berminat datang sendiri ke Putera Jaya.

Tinta Mohd Yusri said...

Hang x layak pakai nama ibnu..wahai pemfitnah

Anonymous said...

Nasi kangkang untuk diberi percuma kepada penyokong PAS dan sesiapa yang berminat.Setelah anda memakannya anda akan terus terbayang betapa cantiknya Datin Mah dan betapa kacaknya Najib dan Haji Hadi.Penderitaan dan kesusahan anda akan hilang dalam sekelip mata.

mahligaiseni said...

Assalamualaikum wbt. Pada perkiraan saya tulisan sebegitu rupa tidak membawa apa-apa melainkan berpanjangan perbalahan sesama kita. Nasihat saya kepada penulisnya, tidak usahlah menulis sedemikian dan saya juga percaya bahawa tulisan itu tidak sejajar dengan ajaran Islam yang maha suci. Wassalam.

Anonymous said...

Allah menilai apa yang kita nyatakan. Moga islam akan terus bersinar dibumi malaysia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails