HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Ratu rock bertudung, Konsert Ella Live With The MPO: A Rock Queen's Journey yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 2 dan 3 Disember depan. Konsert terseut bakal diiringi kumpulan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) itu.
"Ella akui, memang sukar untuk memilih lagu yang sesuai untuk gubahan orkestra dan pada masa sama menepati cita rasa peminat," katanya pada sidang media konsert berkenaan di ibu negara.
Hadir sama, konduktor yang bertanggungjawab memimpin konsert berkenaan, Ahmad Muriz Che Ros. Lagu apa yang tidak terpilih itu biarlah jadi rahsia. Katanya.
Bagi konsert yang julung kali menyaksikan seorang penyanyi rock solo diiringi pemuzik MPO, pemilik nama Norzila Aminuddin ini memaklumkan, sebanyak 16 lagu bakal didendangkan olehnya. Ia termasuk Pengemis Cinta, Pedih, Nuri, Layar Impian, Sembilu dan Gemilang. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
2 comments:
Alhamdulillah Ella
Malu kat penyokong DAP walaupun DAP anti tutup aurat
http://www.mynewshub.cc/politik/mp-dap-marah-terengganu-kemuka-garis-panduan-aurat/
MP DAP Marah Terengganu Kemuka Garis Panduan Aurat
Published on Mar 2, 2015 in Politik
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng membantah langkah kerajaan Terengganu mahu melaksanakan garis panduan pemakaian bagi pelancong terutama wanita.
Advertisement
Beliau menyindir kerajaan Terengganu melaksanakan langkah ekstrem itu berikutan laporan bahawa negeri tersebut mencatatkan bilangan pelayaran tertinggi di laman web lucah sebelum ini.
“Baru beberapa minggu menyatakan akan menangkap mereka yang tidak sembahyang Jumaat dan membawa mereka menaiki van jenazah sebagai hukuman. Kita masih tertanya-tanya tentang mekanisme yang akan digunakan oleh penguatkuasa untuk menangkap mereka yang tidak sembahyang Jumaat sedangkan mereka sendiri sepatutnya hadir solat Jumaat.
“Kini saya amat terkejut dengan laporan bahawa kerajaan Terengganu akan memaksakan garis panduan pemakaian bagi pelancong, terutamanya wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lip Eng berkata, Terengganu negeri yang menarik minat ramai pelancong asing untuk menikmati keindahan pantai dan laut sambil berjemur dengan pakaian renang masing-masing.
Justeru, beliau hairan kenapa Terengganu boleh terfikir untuk melaksanakan dasar sedemikian sedangkan pihak berkuasa negeri itu sepatutnya lebih memikirkan usaha memperbaiki kualiti hidup rakyat, membawa masuk pelaburan asing dan pelancong asing.
Beliau mendesak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan.
“Saya minta kerajaan segera mengekang dasar-dasar keagamaan melampau oleh kerajaan Terengganu ini, kerana jika ia tidak dipantau dan dihentikan segera, barangkali mereka akan mengharamkan penjualan pakaian dalam di pasar malam atau pusat beli-belah atau mengharamkan atlet wanita memakai baju tidak berlengan atau seluar pendek dalam sukan badminton, bola tampar, acara renang dan sebagainya,” katanya. – mynewshub.cc
http://utaranews.com/2017/05/selepas-pesta-bogel-di-teluk-bahang-kini-pesta-onani-pula-di-pulau-pinang.html/
Selepas Pesta Bogel di Teluk Bahang, kini Pesta Onani pula di Pulau Pinang?
SEBERANG JAYA – Sebelum ini negara dikejutkan dengan penganjuran satu pesta bogel oleh pelancong dan juga penduduk tempatan di pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.
Dalam kejadian Ogos 2014 itu, majoriti rakyat mengutuk perbuatan individu-individu terbabit yang dikatakan mencemarkan imej negeri berkenaan.
Ia mula diperkatakan apabila video mengenai Pesta itu tersebar secara meluas di laman sosial. Video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang’ itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita melukis di badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di pantai Teluk Kampi.
Pihak Polis bertindak pantas mengenal pasti individu-individu terbabit dan juga telah mengambil tindakan terhadap dalang penganjuran pesta bogel tersebut.
Kini apakah kejadian yang serupa bakal kembali menggegarkan negara khususnya penduduk negeri Pulau Pinang? Apakah golongan berfahaman songsang dan berkiblatkan nafsu itu semua akan berhenti dari membuat onar didalam negara?
Baru-baru ini sebuah laman sosial Facebook “Jejari Tengah” mendakwa satu pesta ‘Onani’ akan diadakan di Pulau Pinang sempena National Masturbation Month pada bulan Mei ini.
Satu poster juga turut dimuatnaik oleh pengendali laman tersebut yang menunjukkan pesta berkenaan akan diadakan di sebuah premis di Batu Feringghi.
Jika benar dakwaan tersebut, ia merupakan satu tamparan hebat kepada umat Islam di Pulau Pinang kerana tarikh penganjuran pesta berkenaan merupakan 2 hari selepas Ramadhan.
Hasil carian di laman sesawang internet pula menunjukkan National Masturbation Day mula diperkenalkan pada 14 Mei 1995 di Amerika Syarikat oleh sekumpulan individu yang memperjuangkan kebebasan seks.
Kumpulan berkenaan juga dikatakan cuba untuk mendesak kepimpinan negara terbabit agar memasukkan topik masturbasi didalam kurikulum pendidikan pelajar sekolah.
Semoga agenda liberisasi dan juga kebebasan sosial tanpa batas ini dapat dihalang dari berjangkit ke negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi ini. – Utaranews.com
Post a Comment