Sunday, November 19, 2017

Senator Raba Buah Dada Pembaca Berita. Inikah Gaya Hidup Maju?




MINNESOTA. AMERIKA SYARIKAT – Seorang pembaca berita stesen radio mendakwa buah dadanya diraba seorang senator pada 2006. Mangsa, Leeann Tweeden berkata, Al Franken turut mencium mulutnya yang sedang tidur ketika kejadian.

Ketika kejadian, Leeann dan Franken terlibat dalam aktiviti jelajah Organisasi Servis Bersatu (USO) bersama angkatan tentera Amerika Syarikat dan keluarga tentera. Leeann dari stesen TalkRadio 790 KABS di Los Angeles mendedahkan kejadian itu di laman syarikatnya, minggu ini.

“Anda mencium saya tanpa izin, memegang buah dada saya ketika saya sedang tidur dan orang rakam kelakuan anda,” kata Leean yang turut mendedahkan foto rakaman kejadian tersebut, lapor MD.

Laporan CNN mengatakan pendedahan itu menyebabkan Franken ’emosi’ dan tertekan. Beliau juga mengeluarkan kenyataan permohonan maaf pendek, kelmarin. Dalam kenyataannya, Franken mengatakan beliau tidak ingat mengenai kelakuannya ketika itu.

“Saya memohon maaf dengan ikhlas kepada Leeann. Mengenai foto itu, ia sepatutnya menjadi kelakar tetapi tidak. Saya tak sepatutnya berkelakuan sedemikian,” katanya.

Satu kenyataan permohonan maaf kedua turut dibuat dengan mengatakan beliau ‘tidak tahu apa yang berlaku dalam kepalanya’ ketika melakukannya. Sementara itu, dalam satu sidang media, Leeann mengatakan beliau menerima permohonan maaf Franken.

“Tiada sebab saya tak terima permohonan maafnya. Saya tak minta apa-apa pun. Saya (juga) tidak minta dia letak jawatan (sebagai senator). Itu bukan hak saya,” katanya.

Leeann tidak membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. (Stv)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah gaya hidup maju AS? Kalau ditiru keseluruhan budaya AS, tidak disaring mana yang baik sahaja, beginilah akan jadi bentuk masyarakat Malaysia akan datang.

Kembalilah kepada cara hidup Islam, politik Islam, ekonomi Islam dan kehidupan sosial Islam. Jangan lupa, untuk politik Islam, undilah PAS dalam PRU 14 akan datang..


Lihat sebelum ini..


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails