Wednesday, November 22, 2017

Syiah/Iran: Kaji Dulu,Saya Dukung Turki, Iran... - Presiden PAS



SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum mempercayai mengenai propaganda 'syiah dan Iran'.

Katanya, jika diamati adakah bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap dunia Sunni atau menjaga keselamatan Israel, di sebalik propaganda halus dakwaan tersebut.

"Semua media yang dikuasai oleh kerajaan di serantau Asia Barat menjadikan bahaya Syiah dan Iran sebagai noktah yang satu dan disokong pula oleh media Israel.
"Adapun gerakan menentang Israel seperti Hamas, Tanzim Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah semuanya dilabelkan pengganas," katanya dalam satu media hari ini.

Katanya, semuanya adalah perkara rumah tangga umat Islam yang tidak boleh diizinkan campur tangan asing, khususnya kalangan musuh Islam yang nyata tidak ikhlas terhadap umat ini.


"Apakah yang dilakukan ini kerana sebenarnya bahaya Syiah dan Iran? atau sebenarnya kerana keselamatan Israel yang menjadi kubu paling hadapan menghadapi kebangkitan semula umat Islam?" katanya.

Katanya, beliau tidak boleh menerima alasan bahaya Syiah, hujahnya kerana Sana’a di Yaman kini sudah dikuasai oleh mereka.

"Saya tidak lupa betapa Arab Saudi menyokong kumpulan Syiah ini sejak tahun 1961 sehingga diubah pendirian hari ini dengan menentangnya selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Amerika di hadapan Kongresnya setelah kumpulan Syiah menawan Sana’a, dan Saudi terus melakukan perisytiharan perang ke atas Yaman di Washington, bukannya di Riyadh," katanya.

Katanya, barangkali mengambil contoh Perdana Menteri Lubnan mengisytiharkan peletakan jawatannya di Riyadh, bukannya di Beirut.

"Saya tetap kembali kepada al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada ALLAH," katanya.

Katanya, beliau mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk.

Malah katanya, Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel.

Katanya, Turki menunjukkan perubahannya daripada sekular dan bersekutu dengan Barat dan Israel kepada ke arah Islam.

"Iran pula menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh," katanya.

Katanya, kini  negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni.
Katanya lagi, adapun Rusia menunjukkan polisi yang tidak bersifat Islamofobia mengikut agenda Amerika dan sekutunya.   

Jelasnya, Apakah alasannya yang kita wajib bersama kumpulan Islam Hamas, Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah yang dijadikan kambing-kambing hitam yang hendak dikorbankan dengan mudah?

Justeru katanya, Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya.


Lihat sebelum ini..


11 comments:

sayednoordin said...

Mari rapatkan barisan islam...hadapi barisan Zionis Amerika..dan jangan berpecah selepas bersatu atas dasar agama Allah.Syabas Tuan Guru Hj.Hadi.

Anonymous said...

Syabas dan tahniah kepada Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang kerana sentiasa berusaha menyatu-padukan umat Islam di waktu puak munafik termasuk liberal dan kafir harbi berusaha melemahkan dan menghapuskan agama Islam dan umat Islam.

Dalam negara ini pun terdapat NGO dan parti liberal dan kafir harbi dan barua dedak mereka yang sedang bekerjasama untuk melemahkan dan menghapuskan parti Islam, agama Islam, ulama Islam dan umat Islam dengan menggunakan pelbagai fitnah dan tipudaya. Umat Islam perlu bersikap tegas menyokong parti Islam dan menolak musuh Islam dalam PRU14!

Yang benar

Syed

Anonymous said...

Sebagaimana Islam, Kita juga tak boleh menyokong pemimpin Islam yg kaki klepet

Borhan Sharif said...

Saya juga dukung Najib ....

Anonymous said...

A bang lebau dukung iguana@biawak hidup. Hehehehe

capriokerr said...

hanya orang yg pernah hidup bergaul dgn syiah sahaja yg tahu apa sebenarnya iktiqad dan perangai syiah setakat tghh minta maaflah.walaupun dia ulama tetapi syiah ini kena bergaul lama dgn mereka baru kita tahu temberang mereka.

apa yg saya tulis ini taada kena mengena dgn politik.saya ada pengelaman bertahun dgn mereka.

kalau nak tahu tentang mereka rujuk pada pakar iaitu maulana asri yusof kelantan dan maulana johari jerantut dan ramai lagi.
syiah sebenarnya pendokong zionist.

minta maaf pada tghh bukan semua ulama tahu tentang syiah.mereka mungkin tahu bab hukum hakam agama tetapi bukan pasal syiah.
tulisan ini taada ada kena mengena dgn politik tetapi utk pengetahuan umat Islam supaya tidak tertipu.sila rujuk dan kaji kitab2 mereka.

Unknown said...

pomen kereta kampung vs pomen kereta ferari..sama-sama repair enjin kereta tp pomen kereta ferari sudah tentu pergaulannya lebih advance...sendiri fikir laaaa

Anonymous said...

Nampaknya barua ternakan DA-Pig 7:54 AM tidak mengetahui definisi sebenar 'pemimpin Islam' ! Inilah akibat barua DA-Pig terlalu taksub pada sifu roket kaki klepet yang sedang dibicarakan di mahkamah!

Unknown said...

terbaik Tuan Guru Hj.Hadi

Anonymous said...

Saya penyokong parti Islam PAS dan saya tidak mempercayai puak Syiah kerana puak Syiah Syiah mempunyai lidah bercabang. Oleh sebab itu, saya mohon pemimpin-pemimpin PAS berhati-hati dengan Syiah.

Anonymous said...

CONTOH SYIAH MALAYSIA IALAH MIKE SABU YANG CUBA MEMUSNAHKAH PARTI ISLAM DARI DALAM DENGAN MENUBUHKAN PARTI KUALI YANG MENJADI BARUA DA-Pig MUSUH ISLAM!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails