Monday, November 13, 2017

Taman Khas Bogel, Ini Mungkin Jadi Jika Tiada Islam Dalam Pemerintahan..




PARIS – Pada kebiasaannya jika sesiapa yang berbogel di tempat awam, pasti akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Namun, lain pula yang bakal terjadi di ibu kota Perancis ini tidak lama lagi. Difahamkan bandar raya itu bakal membuka satu taman khas buat individu yang gemar berbogel tanpa khuatir ditangkap oleh pihak berkuasa.
Dikatakan majlis bandar tersebut juga telah meluluskan rancangan untuk membuka taman khusus tersebut buat golongan berkenaan untuk beristirahat.
Namun, salah seorang pengiklan memberitahu stesen antarabangsa CNN bahawa mereka masih belum memutuskan lagi di manakah lokasi taman itu bakal dibuka.
Bagaimanapun, ianya berkemungkinan berhampiran dengan Lac Daumesni di tenggara Paris.
Jurucakap Timbalan Datuk Bandar, Bruni Jiliard telah menyokong rancangan itu dan mengesahkan bahawa pembukaan taman itu telah diluluskan dalam mesyuarat majlis bandar.
Usul pembukaan taman itu juga telah dicadangkan oleh Parti Hijau Paris dalam penghujahan bertulisnya kepada Majlis Bandar Raya Paris yang mengatakan bahawa Perancis merupakan tempat untuk golongan gemar berbogel.
Seramai dua juta ahli bogel dari Jerman, Belanda, Britain dan Belgium dikatakan sangat suka datang ke Paris dengan bertujuan untuk berbogel di sana.
Tambahan pula, terdapat kira-kira sebanyak 155 pusat percutian semula jadi di Paris yang menjadi tumpuan golongan itu.
Tetapi sebenarnya terdapat undang-undang yang tidak membenarkan mana-mana individu berbogel di tempat awam dan mereka bakal dihukum denda sebanyak AS$15 ribu (RM62797.50) atau dipenjara selama setahun.
Ketika ini, terdapat cuma satu lokasi di Paris yang membolehkan golongan itu berbuat demikian iaitu di kolam Le Gall namun ia hanya boleh digunakan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu malam sahaja.


Frimont sendiri berusaha untuk membuat kawasan itu menjadi lebih besar untuk golongan bogel itu lebih selesa melakukan aktiviti mereka di taman tersebut.
Tambahnya lagi, tempat itu agar sesuai kerana mempunyai air pancut dan agak selesa untuk mereka yang ingin berjemur. Dia juga berharap agar Lac Daumesnil dapat digunakan pada musim panas tahun ini.
Selain itu, kerajaan Paris juga telah menyediakan rancangan untuk meluaskan tasik di Lac Daumesnil kepada zon renang untuk orang awam.
Seorang ahli bogel Paris, Denis Porquet turut mengatakan bahawa kolam renang itu terlalu sempit apabila pernah seramai 150 orang menyerbu kawasan tersebut pada 21 September 2016 lalu.
“Kami bebogel di khalayak ramai untuk berseronok. Kegiatan ini bukan melakukan perkara tidak senonoh di tempat awam. Tapi kami hanya tidak berbaju dan tidak melakukan jenayah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AH
Komen Weblog Ibnu HasyimTaman khas bogel seperti di Paris ini memang mungkin terjadi jika tiada Islam di dalam sistem pemerintahannnya. Walaupun di negara umat Islam seperti Malaysia, dan lain-lain.


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

3 comments:

Anonymous said...

Nak harap Islam Liberal PAN nak bantah. Silap laaaaaa. Presiden PAN berselfie dengan amoy sambil langgar dada. insiden langgar dada ini terjadi waktu perhimpunan kuning hampas kunyit Bershit yg lalu

Anonymous said...

Alasam yang diberi oleh Mike Selfie, " Takpaaaaaaaa sebab waktu seflie tu saya anggap macam anak sajaaa"

Anonymous said...

Lobai bugil dlm fb ok jee...Ada kena mengena tak dgn sunnah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails