Wednesday, November 15, 2017

Telanjang Bogel Lebih Baik.. Nazri Aziz Mengamuk, Mengapa?



“ADAKAH telanjang bogel lebih baik dari kita pakai tudung di kaunter,” kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini pada sidang media majlis pra-pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di bangunan Parlimen, hari ini. 

Beliau yang terkenal dengan kelantangannya itu seolah-olah 'mengamuk' turut menyifatkan kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung sebagai kurang ajar dan satu diskriminasi. 

“Datang negara orang hormatlah sikit. Apa yang ada dalam kita punya akta ini. 
“Ini merupakan satu bentuk diksriminasi kerana dalam Perlembagaan jelas mengatakan tidak boleh berlaku diskriminasi atas apa alasan sekalipun sama ada agama (atau) bangsa,” kata Nazri. 

Kontroversi tercetus apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendakwa ada pekerja hotel wanita yang mengadu mereka diarahkan menanggalkan tudung. 

Menurut Uni-MLC, larangan serupa turut dikenakan ke atas pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan apabila mereka membuat permohonan untuk latihan praktikal. Namun, MAH yang mempertahankan tindakan hotel berkenaan berkata ini adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa dan setiap hotel mempunyai prosedur operasi piawai (SOP) masing-masing. 

Mengulas apakah perlu pihaknya menarik lesen perniagaan hotel terlibat, Nazri berkata kementeriannya tidak mempunyai kuasa mengenainya kerana ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Manakala lesen sesebuah hotel pula dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), kata Nazri. (Saringan Sumber Malaysiakini)



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengamuk sakan? Pada saya kerana PRU 14 sudah dekat. Dan Menteri-menteri BN kena tunjukkan bahawa UMNO/BN pun nak Islam dan mengambil berat ke atas hak-hak pekerja Islam di negara ini. Sebab itu sekarang baru kecoh-kecoh pasal ini.

Mengenai isu tudung ini saya bersetuju dengan polemik yang diketengahkan oleh Nor Azura Kamarudin Sohami, Naib Presiden (HELWA) ABIM. Antaranya menyebutkan:
  1. Bagaimanakah sesebuah hotel boleh beroperasi dengan menggunakan SOP yang jelas bercanggah dengan peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan?
  2. Sejelas manakah Indeks Syariah yang diwar-warkan menjadi rujukan dan turut meliputi industri perhotelan di negara ini taktala wujud SOP untuk sesebuah hotel menghalang pekerja atau pelatih mengenakan tudung di kaunter khidmat pelanggan (frontdesk)?
  3. Apakah ruang yang diberikan untuk para pekerja atau pelatih wanita Muslim untuk menyuarakan hak mereka secara rasmi? Apakah wujud penafian mahupun larangan untuk mereka menyuarakan aduan melalui saluran rasmi hatta melalui kesatuan mahupun NGO pekerja?
  4. Apakah konsep Hotel Patuh Syariah yang cuba diterapkan sebagai contoh Kumpulan Hotel De Palma mulai tahun 2008, tidak menepati standard serta piawaian antarabangsa mulai tahun mahupun menjejaskan kualiti industri perhotelan dan pelancongan negara?
  5. Dengan itu ABIM menggesa agar pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan rasminya berhubung dengan isu ini.
Sekian.


IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

  1. Nak Islam kunun!, Lobai pun makan suap.

    ReplyDelete
  2. Semasa pengunjung hotel (bukan islam) membuat pendaftaran masuk bertanya kepada wanita bertudung penyambut tetamu, 'adakah hotel ini menyediakan minuman keras?', maka wanita bertudung itu wajib dengan senyuman manis lagi mesra pelanggan memberikan jawapan 'ya, kami ada menyediakan segala jenis minuman keras yang terbaik dan pasti akan anda sukai'. Ehh...boleh ke?

    ReplyDelete