Wednesday, November 08, 2017

Tiada Penaja Penyanyi Aishah Dalam GV4? PAN Mana..

 Sebelum ini parti PAN membuat kenyataan mereka merestuai penglibatan semula bekas penyanyi Aishah.

HALAMAN HIBURAN

MINGGU kedua program realiti Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan Ferhad menamatkan perjalanannya di pentas realiti itu dan Liza Hanim mendapat markah tertinggi.

Namun, ada pula kedengaran cakap-cakap yang kurang enak berkenaan dengan penampilan salah seorang peserta program tersebut.

Mendendangkan lagu berjudul Dingin, Aishah menerima kecaman apabila gaun bewarna merah yang digayakannya dikatakan tidak kena dengan statusnya sebagai seorang penyanyi legenda.

Kemudian, timbul pula desas desus yang mengatakan pelantun lagu Janji Manismu itu tidak mendapat tajaan untuk program tersebut.


“Semalam ada yang berborak dengan Kak Aishah GV4, sayu pula dengar cerita apabila dia cakap tak ada sesiapa sudi taja baju untuknya,” tulis Deegun Rahman di laman Facebook.

Namun, selepas beberapa jam entri itu dimuat naik, Deegun sekali lagi memuat naik satu kenyataan yang menyatakan ramai pereka fesyen yang sudi untuk bantu penyanyi kelahiran Negeri Sembilan itu.




“Terharu sebab ramai pereka muda yang sanggup untuk tolong Kak Aishah. Tak sangka pula ramai yang kongsi posting saya,” tulisnya lagi.

Ekoran beberapa entri yang dimuat naik di laman facebook itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin telah menafikan kenyataan yang tiada pihak ingin menaja pakaiannya.

“Macam jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ni. Tidak benar orang kata tiada siapa nak taja baju saya dan saya juga tidak pernah bercerita tentang itu.
“Saya juga tidak suka ramai orang mengiring, cukuplah sekadar suami,” ujarnya menerusi laman sosial Facebook pada Isnin,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut penyanyi berusia 52 tahun ini, dia agak kurang selesa jika diiringi ramai orang. Disebabkan itu jugalah dia hanya menggunakan khidmat jurusolek yang disediakan pihak Astro.

“Saya rimas orang keliling ramai-ramai dan sememangnya dari dulu pun saya macam tu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Deegun yang juga merupakan seorang wartawan hiburan memohon maaf secara terbuka di Facebooknya kepada penyanyi berkenaan.




“Apapun, dengan rendah diri saya nak mohon maaf kepada Kak Aishah, waris sekampung saya dari Negeri Sembilan yang berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut,” tulisnya.

Jelasnya, entri yang dimuat naik itu bukanlah untuk mengaibkan penyanyi legenda berkenaan, malah sekadar ingin membantu Aishah dalam program tersebut. – MYNEWSHUB.CC/SA



Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.




2 comments:

  1. BAGI KEPIMPINAN PAN, YANG PENTING ADALAH DAP SEJAHTERA. ORANG2 LAIN PANDAI2 LA LABU. JANGAN TERPEDAYA DENGAN KHADAM ABUYA SIFOO PENANG.

    http://www.ismaweb.net/2017/01/campur-tangan-dap-dalam-isu-fatwa-bukti-islam-melayu-tidak-terbela/

    Campur tangan DAP dalam isu fatwa bukti Islam, Melayu tidak terbela

    BANGI, 1 Jamadilawal 1438H, Isnin – Campur tangan parti rasis dan cauvinis DAP dalam sesuatu fatwa dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan kegagalan menjaga kampung Melayu membuktikan kerajaan negeri tidak membela Islam dan Melayu.

    Sekali gus, kenyataan Ahli Exco negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kasim, bahawa Islam dan Melayu terbela adalah tidak benar.

    Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yussof, berkata DAP dan PKR mengarahkan semua fatwa yang diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, mesti dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

    Katanya, dalam isu ini, PAS ketika dalam pakatan rakyat menyatakan bantahan tertutup kepada Abdul Malik, tetapi sehingga kini amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku.

    “Fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA.

    “Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

    “Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah ‘dibekukan’ oleh Kerajaan Negeri P Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan.

    Muhammad Fauzi berkata, keadaan ini menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Guan Eng lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya.

    Selain itu, DAP yang menguasai kerajaan negeri secara terang-terang menghalang umat Islam daripada memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355.

    “Tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah bagi membina Mahkamah Syariah hanya dilihat sekadar kosmetik,” katanya.

    Katanya, kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR juga gagal mengawal ancaman terhadap Islam apabila sengaja membiarkan Penang Institute, sebuah institusi di bawah kelolaan kerajaan negeri, mempromosikan pemikiran Islam Liberal, yang jelas bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram.

    Beliau berkata, lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dariDAP, Zairil Khir Johari secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal.

    “Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa, walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau,” katanya.

    Oleh itu, katanya, PAS berpendirian bahawa kerajaan negeri tidak serius membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang, bahkan, usaha yang dilakukan masih berada di dalam kerangka pembangunan konvensional yang hanya memfokuskan aspek material semata-mata dan mengabaikan pembinaan insan, spiritual dan ruhiyah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik2 duk ulang ayat sama, tak ada langsung sumbangan utk berdakwah.

      Delete