Thursday, November 02, 2017

Trump 'sakit mental' - Pyongyang


PYONGYANG: Korea Utara menyelar Presiden Donald Trump, menyifatkan beliau 'pesakit mental tidak dapat diubati' menjelang lawatan pertamanya ke Asia sebagai ketua negara, di tengah ketegangan memuncak berhubung cita-cita nuklear Pyongyang.
Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, saling berbalas serangan lisan dan peribadi sejak beberapa bulan ini, meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya konflik di semenanjung Korea.
Trump memberi amaran mengenai 'api kemarahan', memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Washington akan memusnahkan Korea Utara seluruhnya jika ia perlu mempertahankan diri dan sekutunya.
Beliau menggelar Kim sebagai 'Rocket Man' dalam ucapan saya dan beberapa hari kemudian Kim memberi maklum balas menerusi kenyataan peribadi dengan menggelar Trump sebagai 'nyanyuk'.
Trump dijangka berada di Asia hujung minggu ini dan menjelang ketibaannya, agensi berita KCNA menyelar retorik tidak bertanggungjawab yang dikeluarkannya.
"Beliau jelas memerlukan ubat untuk merawat gangguan fizikal dialaminya," kata KCNA. - AFP

giant-hypermarket5 Pasaraya Giant 
Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails