Tuesday, November 07, 2017

Tun M, Ke Mana Semasa Banjir PP? -NGO



Sebuah NGO mesra BN, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mempersoalkan kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi Pakatan Harapan untuk hadir di Pulau Pinang bersama mangsa banjir di negeri itu.

"Pemimpin kerajaan semua sudah turun ke Pulau Pinang, dan hari ini Datuk Seri Najib berlepas ke sana dan meninjau keadaan banjir dan mangsa banjir, Mahathir ke mana?


"Sebagai pemimpin pakatan gabungan pembangkang, Mahathir patut yang paling awal datang ke Pulau Pinang dan hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, jika sekalipun perdana menteri selama 22 tahun menerajui negara itu tidak dapat turun padang, selaku pemimpin pakatan pembangkang, beliau boleh menyumbangkan sedikit hasil kekayaan ahli keluarganya untuk meringankan penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir.

"Oleh kerana beliau enggan turun padang, elok sumbangkan 10 peratus daripada kekayaan keluarga Mahathir kepada DAP Pulau Pinang untuk bantu mangsa banjir," kata Ramesh.


Menurutnya, tidak ada masalah bagi Mahathir yang juga adalah pengerusi BERSATU berbuat demikian memandangkan anak-anaknya kini sudah kaya dan memiliki harta berbilion ringgit dalam pelbagai cabang perniagaan.

"Sebagai pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir sepatutnya hulurkan bantuan paling banyak kerana beliau pengerusi pakatan dan beliau perlu menjadi yang pertama memberikan sumbangan.
"Sumber harta keluarga dan anak-anak beliau ada banyak dan ia boleh digunakan sedikit untuk membantu mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang," kata Ramesh.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengketepikan perbezaan politiknya dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan melawat negeri yang dilanda banjir paling teruk dalam sejarahnya.

Ketibaan perdana menteri bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menghabiskan masa melawat mangsa banjir menzahirkan perasaan kagumnya terhadap kerjasama semua pihak di Pulau Pinang dan Kedah dalam menguruskan bencana di dua negeri berkenaan.

Katanya, tanpa kerjasama itu tidak mungkin pihak terbabit dapat menangani bencana itu dengan baik terutama dalam memastikan kebajikan mangsa banjir terjamin.



Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

8 comments:

  1. Jangankan kata Tun, PAN pun hilang time banjir. Mana Mat Sabu, mana mujahid. Aku tau la rumah banglo terlajak diskaun tak tenggelam tapi pi la melawat.



    http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/


    “DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

    BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

    Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

    Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

    Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

    Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

    “Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

    Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

    “Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

    “Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

    ReplyDelete
  2. Mana hadi dan 10 lobainya.

    ReplyDelete
  3. Khalipat Lim makan nasi kandaq dgn Tpm kesayangan. Rakyat makan megi sudahla. Kami ahli Amanah menyediakan stok megi untuk semua penduduk pulau pinang yang dilanda banjir. Mangsa banjir mana layak makan nasi kandaq. Bercukurlah dapat makan megi. Takdir

    ReplyDelete
  4. DAP menang Rakyat berenang tetapi PAN tenang

    ReplyDelete
  5. Dah mabuk samsu kot keling ni

    ReplyDelete
  6. Depa semua ada tapi TV sorok gambar mereka. Orang tua umur 93 suruh pergi harung banjir...ada ka patut????Orang muda dan tegap semua pi mana????Duk dalam kain bini ka????

    ReplyDelete
  7. HEHEHE.............sibuk nak Tun M harung banjir.
    Perlu ke.............?????
    Tun bukan nak masuk jadi calon PRU. Dia tak perlu tingkatkan image macam
    'KEPALA BAPAK KAU' - Najib dan hippo. Inilah masa masing-masing tunjuk prihatin.
    Hallo, salam sana salam sini,pas tu BELAH....... tapi 4500 cybertroper A9
    akan cakap, Wow! mulianya PM 'Kepala Bapak engkau' dan bininya si hipo.
    Sanggup berenang dalam banjir dengna mangsa.
    Sanggup makan mee maggie bersama mangsa.
    Sanggup lepak tidor bersama mangsa atas tikar buruk.
    Wow!...Mulia dan besar jiwanya.

    ReplyDelete
  8. Anon 8:11pm; kalau dorang yang mabuk samsu tu apa nak dihairankan, ni yang walaunta mabuk tuak...apa hal?

    ReplyDelete