BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Penceramah bebas, Ustaz Haslin Baharim memohon untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bagi memberi penjelasan sekiranya wujud salah faham sehingga dilarang menyampaikan ceramah di negeri itu.
Yakin tidak melakukan sebarang kesalahan, beliau berkata, sudah dua tahun tidak pergi ke Johor untuk mengadakan ceramah atas alasan kesihatan.
“Saya cukup yakin yang Sultan Johor ini sangat terbuka dengan rakyatnya dan sangat bijaksana.
“Saya tidak takut untuk berjumpa dan menjelaskan salah faham ini terutama kepada pegawai agama Johor tersebut. Bagi saya berani kerana benar takut kerana salah,” katanya seperti dilapor portal The Malaysian Insight.
Selepas Singapura, Johor hari ini turut memutuskan Ustaz Haslin dan Ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk dilarang menyampaikan ceramah di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, larangan itu dikeluarkan berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.
Katanya, kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.
Bagaimanapun jelas Ustaz Haslin, beliau tidak merasa bersalah, dan beranggapan maklumat mengenai dirinya tidak tepat.
“Saya tak buat masalah dengan orang. Kalau orang ada masalah dengan saya, saya berharap mereka berjumpalah dengan saya, daripada buat begini,” katanya. (ismaweb.net)
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
No comments:
Post a Comment