Monday, November 13, 2017

Wanita Rohingya Dirogol Secara Berperancangan & Sistematik: -PBB


RAKHINE, 24 Safar 1439H, Isnin – Tentera Myanmar menyasarkan untuk merogol wanita Muslim Rohingya secara sistematik, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Wakil khas Setiausaha Agung PBB, Pramila Patten keganasan seksual di Rakhine adalah diperintah, dirancang dan dilakukan oleh angkatan bersenjata Myanmar.
“Saya mendengar cerita-cerita yang mengerikan mengenai rogol dan perkosaan secara beramai-ramai, dengan ramai wanita dan anak perempuan yang meninggal akibat rogol.
“Bentuk keganasan seksual yang diceritakan daripada mereka yang terselamat termasuk dipaksa bogel dan dipaksa menjadi hamba seksual dalam kem askar.
“Seorang mangsa yang menceritakan, dia ditahan dalam tahanan angkatan tentera Myanmar selama 45 hari, di mana dia telah berkali-kali dirogol, manakala yang lain masih mengalami parut, dan tanda gigitan yang membuktikan penyeksaan mereka,” kata Patten pada sidang media di Dhaka, semalam, selepas melawat tenggara Cox’s Bazar.
Patten memaklumkan, keganasan seksual adalah antara sebab utama di sebalik penghijrahan Rohingya.
“Ancaman dan keganasan seksual yang meluas adalah jelas menjadi faktor pemacu dan pendorong terhadap pemindahan secara besar-besaran,” katanya – Agensi
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails