Thursday, November 16, 2017

Wisma T/Guru, Tunggu Keputusan Makamah. Wan Rahim Mengalah?


Hasil carian imej untuk AMANAH (PAN) tiada kepentingan pada Wisma Tok Guru - Wan Abd Rahim

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap Wisma Tok Guru di Salor, Kota Bharu.


Pengerusinya, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata pertelingkahan hak milik bangunan tersebut hanya membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dan PAS.

“AMANAH Kelantan tidak mempunyai kepentingan dalam isu Wisma Tok Guru, kita hanya menumpang di sini untuk mempunyai program.

“Husam sudah memfailkan injunksi kes ini di Mahkamah Tinggi dan kita menunggu perbicaraan dan keputusan pihak mahkamah nanti macam mana,” katanya pada sidang media di Wisma Tok Guru di Kota Bharu, hari ini.

Rahim yang juga bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu menegaskan, AMANAH Kelantan mempunyai pejabatnya sendiri.

“AMANAH Kelantan didaftarkan menggunakan alamat di rumah saya dan kita mempunyai pejabat sendiri.
“Wisma Tok Guru adalah pejabat Husam sebagai ADUN Salor yang diwarisi sejak zaman bekas ADUN Salor, allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim,” katanya.

Isu premis yang kini menjadi markas AMANAH Kelantan itu timbul selepas PAS mendakwa membeli tanah milik isteri bekas Ahmad Rosli, September lalu.
PAS kemudiannya menghantar notis sebulan supaya AMANAH Kelantan mengosongkan bangunan tersebut selewat-lewatnya pada 16 November ini.

Malah, PAS Kelantan sebelum ini merancang untuk mengadakan himpunan dan solat hajat kesyukuran selepas berjaya membeli semula tanah tersebut dengan nilai RM700, 000 melalui seorang anggotanya.


Sementara itu, Wan Abd Rahim berkata, pihaknya berharap keputusan daripada mahkamah akan diketahui sebelum 16 November ini.

“Semua pihak bukan sahaja kita, malah PAS juga perlu akur dengan sebarang keputusan mahkamah nanti,” jelasnya yang enggan mengulas lanjut atas nasihat peguam.
Sumber : MalaysiaKini/
IKLAN:
Imej yang berkaitan

'Bukan nak tutup periuk nasi orang kita di Australia' -Utusan Online

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

2 comments:

Anonymous said...

Bila Pas nak saman Husam dan Rafizi berkenaan makan suap 90 juta?. Claire yg jauh dimata berani nak saman, takkan 2 orang ni didepan mata dibiarkan berleluasa membuat tuduhan. Atau Sindrom pengecutan testis sudah melanda geng Lobai seperti MO1 juga. Walaunta + Malaunta = sama mentekedarah hasil haram.

Anonymous said...

tuan punya blog, buang saja merepet orang gilatu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails