Thursday, November 09, 2017

Yaman Berdepan Ancaman Kebuluran.


 YAMAN bakal berdepan ancaman kebuluran besar-besaran yang akan memberi kesan kepada jutaan nyawa., - Foto Reuters
NEW YORK: Yaman bakal berdepan ancaman kebuluran besar-besaran yang akan memberi kesan kepada jutaan nyawa kecuali jika negara gabungan diketuai Arab Saudi mengakhiri sekatan ke atas mereka.
Ketua Setiausaha Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mark Lowcock, berkata jika sekatan ditamatkan, ia akan membolehkan bantuan dihantar kepada negara terbabit.
Katanya, ketiadaan bantuan ke atas Yaman bermakna dunia akan menyaksikan masalah kebuluran terbesar dalam sejarah sepanjang tempoh beberapa dekad, membabitkan jutaan nyawa tidak berdosa.
Lowcock berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri sesi taklimat tertutup berhubung krisis di Yaman susulan kempen ketenteraan oleh gabungan terbabit ke atas pemberontak Houthi sejak Mac 2015.
Beliau berkata, misi bantuan kemanusiaan PBB perlu dibenarkan masuk ke ibu negara Yaman dan bandar Aden yang berada di bawah penguasaan kerajaan ketika ini.
Katanya, kebenaran segera untuk memasuki semua pelabuhan perlu diperoleh untuk penghantaran pelbagai jenis keperluan asas seperti petrol dan makanan.
Gabungan negara diketuai Arab Saudi itu sudah menutup sempadan Yaman, sekali gus menghalang kemasukan misi bantuan pada Isnin lalu sebagai reaksi terhadap serangan pemberontak Houthi berhampiran lapangan terbang Riyadh. - AFP
IKLAN:


Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.


Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.

1 comment:

Anonymous said...

Allah Bagi Otak, Letak kat Kepala Lutut.Apa guna berperang, kalau rakyat Menderita.

Dari Beli Scud, Peluru Berpandu, Bom, Senjata, baik Bagi Makan Kat Rakyat. Bila rakyat, kebulor, Mulalah Bangsa Habshee yang mengaku Arab ni buat drama, apa lagi menjaja kisah sedih, kutip derma, tapi masuk poket. Dah tahu cara Arab Menyamun.

Rakyat Malaysia jgn jadi bodoh. Jangan bagi satu sen pun. Jangan kita kasihan dengan mereka, Rakyat Mereka yang Keldai, pilih pemimpin yang angkuh dan sombong. Suka berperang dari berdamai.

Contohi Oman yah diperintah puak Kwarij, ada mereka kisah dengan politik kotor dan jijik yang dimainkan oleh Ikwan Muslimin, Syiah dan Sunni. Negara Aman damai, Rakyat hidup senang. Negara Bersih. Tiada orang Oman yang terbabit dengan Pengganas Al_Qeadah, ISIS dan Ikwan Muslimin.

Semoga Yemen Selatan diberi kesedaran dan kembali bergabung dengan Oman sebagai satu Negara. Yemen Selatan dan Oman adalah satu Negara sebelum dijajah oleh British.
Yaman Utara pulak adalah sebahagian wilayah Hijaz, bawah pemerintah Sharif of Mekah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails