Wednesday, December 20, 2017

21 Individu ‘Gila Seks’ Diberkas Dalam Pengnagkutan Awam..




KUALA LUMPUR – Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berjaya memberkas seramai 21 suspek yang terlibat dalam kejadian gangguan seksual dalam pengangkutan awam sepanjang tahun ini.

Ketua Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana, Lim Jin Aun berkata, Polis Bantuan Prasarana turut menahan 13 suspek kerana disyaki menggangu pengguna pengangkutan awam.


“Salah satu pembelajaran dari kejadian ini adalah, mangsa melaporkan terus kepada Polis Bantuan yang bertugas dan bekerjasama rapat dengan pihak kami untuk menangkap suspek.
“Rata-rata suspek berjaya ditangkap selang beberapa hari selepas laporan dibuat,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jin Aun berkata, antara suspek yang ditahan membabitkan empat kes gangguan seksual yang berlaku dalam rangkaian rel Rapid KL pada 14 Disember lalu.
Kata beliau, suspek yang terlibat dalam tiga kes itu ditangkap tidak lama selepas mangsa melaporkan insiden itu kepada Polis Bantuan yang bertugas di stesen.
Dalam kes keempat, kata beliau, Polis Bantuan telah mengejar suspek apabila dilaporkan oleh mangsa, namun suspek berjaya memboloskan diri.
Katanya, Polis Bantuan namun dapat mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menyerahkan rakaman kepada polis bagi menangkap suspek.
“Kami ingin menyakinkan para penumpang, bahawa Polis Bantuan kami sentiasa mengadakan rondaan sama ada dalam beruniform atau berpakaian preman di sepanjang rangkaian kendalian Prasarana.
“Sekali lagi, kami ingin meminta penumpang yang menjadi mangsa gangguan untuk menghubungi Polis Bantuan secepat mungkin, dan memberikan kerjasama erat kepada kami untuk memberkas suspek,” katanya.
Jin Aun dalam pada itu berkata, Prasarana memahami kegusaran dalam kalangan masyarakat tentang gangguan seksual dalam pengangkutan awam yang mereka hebahkan di media sosial.
Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa kesan daripada penularan di media sosial mungkin menyukarkan usaha pihak berkuasa untuk menangkap suspek.
“Perkongsian di media sosial dapat menjana kesedaran di kalangan orang ramai tetapi dalam masa yang sama kami tidak mahu suspek menyembunyikan diri setelah publisiti meluas di layar media sosial,” katanya. – MYNEWHSUB.CC


No comments:

Post a Comment