Kelmarin ada 3 perkara yg menarik dan merangsang minda saya berhubung politik negara yang dinamik sifatnya.
Pertama,
adalah laporan Malaysian Insider yang diketahui media kegemaran Pakatan Harapan bertajuk "Cheers For PAS Reflects Grassroot's Sentiment". Ia menceritakan suasana di Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR di seluruh negara memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN yang hanya diberikan 'mild claps' atau tepukan ala kadar.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bila ditanya wartawan berhubung senario itu langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR.
Perkara kedua,
adalah semakin meningkatnya tentangan dan kritikan terbuka dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP sendiri dan masyakat cina terhadap kepimpinan tertinggi DAP yang diketuai oleh anak beranak Lim.
Kelmarin saya menerima beberapa foto menunjukkan sepanduk yang dipegang oleh sekumpulan rakyat dari kaum Cina yang saya percayai berlaku di Pulau Pinang. Sepanduk itu dengan keras meminta Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang supaya pulang saja ke Melaka. Ini mungkin babak awal tentangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu.
Dalam masa yg sama saya menerima foto sepanduk yg lain di insiden yg lain dipegang oleh sekumpulan kaum Cina yang mempertahankan ADUN DAP yang kini diberikan tekanan meletak jawatan hanya kerana melaksanakan amanahnya bersuara demi kepentingan pihak rakyat yang diwakilinya.
Ini konsisten dengan tamparan keras yang diberikan oleh bekas Pengerusi DAP Johor yang dengan lantang menyatakan perasaan kesal kerana membuka pintu kepada pemimpin DAP Pusat masuk ke Johor. Beliau menggelarkan pimpinan DAP Pusat sebagai "Soviet Madhouse" yang terjemahan literalnya Rumah Orang Gila Soviet.
Soviet adalah sebuah negara komunis di era SovietUnion sebelum berlaku perpecahan yang mewujudkan negara-negara seperti Rusia, Ukraine dan lain-lain. Pengerusi DAP Kedah pernah menyebut perkara yang sama.
2 hari lepas, Dr. Bala Chandran, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat menalipon saya dengan nada yang amat ceria. "Tuan Hj, I'm on the way back from a programme in Kerteh. I have a great news for you!!!". Saya teruja dan tanya apa dia berita besar itu dan dia minta saya tunggu sebab nak ceritakan secara berdepan.
Dr. Bala hadir ke Surau Al Ikhlas Durian Burung di program pelancaran Persatuan Kepolisan Komuniti oleh Timbalan Ketua Polis Terengganu dan bercerita kepada saya bahawa dia didatangi oleh seorang penyokong dan pendokong tegar DAP (beliau menyebut staunch supporter), yang tiba-tiba memberitahu Dr. Bala bahawa dia baru sedar setelah berfikir panjang bahawa untuk selamatkan Malaysia, tak boleh tanpa PAS. Mesti PAS yang berada di hadapan.
Tanpa PAS takkan berjaya. Kalau ada PAS tapi PAS duduk belakang sebagai pak turut pun tak jadi juga. Mesti PAS dilihat berada di hadapan. Baru boleh berjaya dan dapat sokongan yang cukup untuk tumbangkan BN yang rosakkan negara! Saya tanya Dr. Bala, yang berkata demikian, pendokong DAP dari kaum India kah? (sebab saya tahu ada gelombang besar penolakan kepimpinan keluarga Lim di kalangan ahli DAP dari kaum India).
Saya teruja bila dijawab tidak, orang berkenaan seorang DAP dari kaum Cina. Allahu Akbar!
Peristiwa ketiga,
kelmarin saya dimaklumkan berlangsung satu program utama PAN peringkat nasional di Selangor. Mungkin dibayangi berita-berita perkembangan dalam PKR dan DAP, saya dilaporkan kesugulan, suasana hambar dan tidak ceria dan aura negatif yang mungkin ditanggapi oleh yang berada di sana membuat laporan dan liputan.
Bayangan tahap ketidakpastian halatuju semakin jelas. Tak apalah. Ini karakter golongan kecewa yang sudah berulang-ulang kisah sepertinya dalam lipatan sejarah.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kelihatannya sedikitpun tidak terganggu dengan kenakalan para 'pembencinya'. Sekalipun ditohmah sudah hilang upaya kononnya kesan dari jatuh sakit yang lalu, fikiran murobbi ini sudah 'tidak sihat', ternyata buah buah pemikirannya semakin tajam, tepat dan semakin diminta oleh masyarakat antarabangsa.
Bulan ini saja berucap untuk ratusan ribu pendokong gerakan Islam di Bangladesh, sekarang tetamu utama di Turki.
Saya yakin segala perencanaan Allah SWT yang sedang dizahirkan satu persatu adalah amat besar hikmahnya kepada kita semua.
ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN
HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
2 comments:
Nak teraju perubahan ape benda bai..
Budget negara pun tak reti nak buat..
Bila segelintir pemimpin dipilih memanjang berkecuali..
Pemimpin utama parti suci..asyik ponteng memanjang dlm parlimen..
Hudud dan ru355 belom pun nampak tetapi pemimpin utama ada dekat2 dgn rm200juta dan 90juta..
Dah jadi hudud brunei..Pendakwaan berpilih..yg BRAHMIN selalu lepas yg kena ikan bilis selalu kena..
Memang benar parti Islam tidak pandai nak buat budget negara yang membebankan rakyat. Maklumlah parti Islam berlandaskan Al-Quran dan Sunnah tidak pandai nak menipu rakyat. Sebaliknya pemimpin-pemimpin parti ultra kiasu kafir harbi roket sangat pandai buat budget kencing rakyat yang amat merugikan rakyat seperti banglo terlajak murah, kerts kerja RM300 juta, projek kroni dan bini sifu roket, projek jalan bawah laut, projek tak lulus jabatan alam sekitar menyebabkan banjir kilat, tanah runtuh dan kematian manusia kerana kerakusan nafsu serakah pemimpin dan barua roket, penjualan tanah kerajaan kpd kroni dan orang asing, berpuluh kampung Melayu dan gerai perniagaan Melayu dirobohkan dll. Wah hebat parti roket menipu dan menindas rakyat.
Post a Comment