7 Atlet Wanita M'sia Jadi Tumpuan Hebat. Kerajaan Islam?
SUKAN 7 Atlet Wanita Malaysia Di Sukan SEA 2017 Yang Jadi Tumpuan Hebat
Sempena berlangsungnya Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, atlet-atlet yang mewakili Malaysia dan berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia, kononnya.
Mengapa pilih atlet wanita sahaja? Lihat pakaian mereka, sesuaikah bagi mewakili negara umat Islam Malaysia? Kalau tak sesuai bagaimana untuk sesuaikan? Apakah di Malaysia tidak ada ulama atau pemimpin-pemimpin berwibawa untuk menyelesaikan masalah tersebut? Kerdil dan jahil sangatkah pemimpin Malaysia?
Kata Mereka, Ini 7 Atlet Wanita Malaysia Yang Hebat Dan Mengharumkan Nama Malaysia Di Persada Dunia..
1. Farah Ann Abdul Hadi
Dia telah berjaya menghadiahkan Malaysia dengan pingat emas apabila menang dalam sukan acara latihan lantai apabila memperoleh mata 13.450 mengalahkan pesaing lain! Farah Ann sebelum ini pernah mewakili Malaysia di Sukan SEA 2010 di New Dehli, upacara Commonwealth di Perth dan memenangi pingat emas di Sukan SEA 2015. Begitulah pakaiannya.
2. Niena Azman
Ha… ini pula keeper futsal bagi pasukan Malaysia. Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azman adalah pemegang gelaran Best Goalkeeper dari Karnival Bolasepak Wanita! Berusia 30 tahun dan memegang ijazah dalam Sains Sukan.
Bekerja sebagai jurulatih futsal di Akademik Futsal, Petaling Jaya. Malah, beliau juga mewakili Putra Ria FC – salah satu pasukan futsal wanita yang terbesar di Malaysia!
3. Aaliyah Yoong Hanifah
Anak gadis yang baru berusia 14 tahun. Beliau membolot pingat emas di Sukan SEA pada tahun 2011 dan 2015 dalam acara ski air. Aaliyah adalah adik bongsu kepada bekas pemandu F1, Alex Yoong. Beliau pernah membolot 5 pingat emas dari Kejohanan Ski Air dan Wakeboard di Korea Selatan dan pingat gangsa di Junior Moomba, Australia!
4. An Najwa Azizan
Dia dikatakan berjaya menamatkan kemarau Malaysia yang sudah 16 tahun tak menang pingat emas dalam acara sukan bola jaring di Sukan SEA. Ketika perlawanan 20 Ogos lalu, setiap kali bola sampai ke tangan Najwa, skor pasti dikumpul!
Tahun lepas di Kejohanan Bola Jaring Asia, An Najwa dinobat sebagai MVP (Most Valuable Player) kerana ketangkasannya.
5. Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer
Dia lebih dikenali sebagai Tana ini adalah finalis Miss Universe Malaysia 2017. Fuh… Tana mewakili Malaysia dalam acara lari 4×400 meter. Beliau juga adalah pelajar dalam jurusan akauntan.
6. Nur Dhabitah Sabri
Nur Dhabitah menjadi wanita pertama yang menyalakan obor di Temasya Sukan Sea 2017 pada pembukaan acara tempoh hari! Beliau pernah membolot pingat emas dalam acara diving di pelbagai temasya seperti di FINA Diving Grand Prix dan Sukan SEA 2015.
7. Fatehah Mustapa
Antaranya membolot emas dalam Kejohanan Japan Track Cup 2015 dalam kategori Keirin dan Sprint. Malah, beliau juga mengharumkan nama Malaysia di South East Asian GP Track apabila memenangi tempat pertama dalam kategori sama.
Itulah 7 Atlet wanita Malaysia yang jadi tumpuan hebat dalam dunia sukan. Melihat pakaian mereka adakah wajar mereka mewakili kerajaan umat Islam negara ini?
No comments:
Post a Comment