Kesemua wanita yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit turut menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada para pelanggan.
KOTA KINABALU - Lapan wanita warganegara China ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran di sekitar kawasan Taipan, Jalan Tuaran dan Inanam di sini malam tadi.
Kesemua wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit ditahan kira-kira pukul 11.05 malam.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek turut menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada para pelanggan di premis terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai penjaga premis turut ditahan dalam serbuan tersebut.
"Berpandukan risikan dan maklumat orang awam polis bertindak melakukan serbuan di premis yang menawarkan perkhidmatan refleksologi.
"Dalam serbuan itu, seramai lapan wanita warga asing ditahan kerana terbabit dengan aktiviti pensundalan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Jika Pakatan Haprak pimpinan kafir harbi telah mengadakan festival arak, selepas ini festival pelacur pula. Dasar penganut liberalisme dan evangelisme.
Post a Comment