KUALA SELANGOR: Polis menumpaskan aktiviti perjudian sabung ayam selepas menyerbu sebuah ladang kelapa sawit dekat Bukit Kuching, Jeram di sini, petang semalam.
Serbuan pada jam 5.30 petang itu dilakukan sepasukan lapan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Pegawai Turus, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman, hasil risikan sejak dua minggu lalu.
Seramai 13 individu termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan dan polis turut merampas 35 ekor ayam, 13 set taji ayam, empat botol ikan laga serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan bagi tujuan itu.
Gambar-gambar di bawah ini ada kaitan dengan pihak polis menumpaskan aktiviti perjudian sabung ayam selepas menyerbu sebuah ladang kelapa sawit dekat Bukit Kuching, Jeram di sini, petang semalam.
Ladang itu dipercayai dijadikan lokasi perjudian berikutan kedudukannya yang agak terpencil dan dikatakan sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
Nilai pertaruhan dikatakan mencecah ribuan ribu ringgit dan kaki judi bukan saja datang dari Selangor, tetapi juga Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
Semua tangkapan dibawa ke IPK Selangor untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
5 comments:
https://www.youtube.com/watch?v=qDbySUH-68E
DATO' HAJI HUSAM MUSA KONGSI PETUA UNTUK JIMATKAN MINYAK MOTOR DAN MENGURANGKAN PENCEMARAN UDARA
Jom layan video Bro Husam. Letak sumbu pelita dalam tangki minyak boleh jimat minyak. Kah Kah Kah baik punya ayat.
https://www.youtube.com/watch?v=k05C7pjZfRY
Jom layan video Mat Sabu kata Mahathir Perompak Pelingkup negara. Takkan Mat Sabu tipu kottt. Dia kan President PAN
https://www.youtube.com/watch?v=Rvygcqb6qsw
Dulu Mahathir kata DAP rasis tahun 2013
Tuan Ibn Hasyim minta tolong download video2 ni dan letak di blog tuan. Dia punya link kat youtube saya dah bagi kat atas2 ni.
Wah puak liberal dan kafir harbi memang suka acara laga ayam sebab mempunyai unsur judi. Mereka juga suka jika festival arak diadakan, minum arak hingga jatuh tergolek mati pun bagus atau si mabuk pandu kereta langgar orang ramai.
Post a Comment