Langkah menyekat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng daripada menguruskan pendaftaran bagi bantuan kewangan untuk mangsa banjir kawasan DUN itu bukan disebabkan sikapnya yang berbeza pandangan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Lim berkata, tindakan itu berdasarkan prestasinya yang lemah sebagai ADUN ketika dua kali banjir melanda negeri itu, iaitu pada 15 September dan 4-5 November.
Katanya, ADUN PKR lain juga mempersoalkan pelbagai dasar kerajaan negeri tetapi mereka tidak dikenakan larangan tersebut.
"Saya melawat kawasan di DUN beliau yang menerima kesan teruk akibat banjir dan ada penentangan yang hebat terhadap wakil rakyat Kebun Bunga" katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
"Penduduk sangat tidak berpuas hati dan malah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ADUN, pada masa sama memuji dan mengucapkan terima kasih kepada ADUN Pulau Tikus dari DAP, Yap Soo Huey kerana membantu mereka.
"Malah mereka lebih cenderung untuk mengundi Yap. Jelas mereka adalah penyokong kami, jadi bagaimana kami boleh mengabaikan mereka?" soal Lim.
Yap ditugaskan untuk mendaftarkan mangsa banjir di Kebun Bunga bagi menggantikan Cheah. Lim yang juga setiausaha agung DAP diminta mengulas kenyataan Cheah dalam wawancara bersama Malaysiakini, bahawa beliau bukan "pencetus masalah dan suka berkelahi" tetapi lebih berminat untuk menumpukan perhatian kepada isu besar di negeri itu.
Dalam wawancara itu, Cheah berkata kelemahan dasar kerajaan negeri dalam soal pembangunan di lereng bukit serta tanah runtuh pada 21 Oktober lalu di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa.
Cheah adalah salah seorang lima ADUN PKR yang berkecuali dalam pengundian usul yang dibawa Umno di DUN Pulau Pinang pada November 2015, untuk menghentikan semua projek penambakan tanah di negeri itu.
Kepimpinan PKR negeri diketuai bekas timbalan ketua menteri Datuk Mansor Othman sepatutnya bertemu Lim dalam soal sekatan terhadap Cheah itu, tetapi sehingga hari ini tiada tarikh yang diputuskan.
Sementara itu, Lim membangkitkan rakaman video lawatannya di Ladang Hong Seng, Kebun Bunga, baru-baru ini yang menunjukkan beberapa penduduk menegur Cheah kerana menurut mereka tidak mengambil berat terhadap kesusahan mereka.
Dalam sesi bertemu penduduk selama dua jam itu, Lim berkata soal sama ada wakil rakyat memenuhi harapan pengundi atau tidak bukanlah perkara utama.
"Apa yang lebih penting adalah mereka memberi maklum balas jika ada kelemahan, dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan," katanya.
Turut mengiringi Lim dan Yap dalam lawatan itu adalah ahli majlis pihak berkuasa tempatan Syerleena Abdul Rashid dan Chris Lee, dan beberapa ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelemahan kerajaan Pulau Pinang menyelesaikan masalah banjir di kalangan rakyat dilonggokan ke atas kambing hitamnya?

Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
2 comments:
Alhamdulillah, satu tindakan pro aktif oleh KM ke atas respon rakyat.
Sifu roket suka menindas mana-mana YB dalam Pakatan Tiada Harapan yang berani menegur atau menentangnya sebab roket berfikir dirinya maksum. Kesian melihat sifu kafir harbi berlagak suci.
Post a Comment