HALAMAN HIBURAN
GOLONGAN artis dan selebriti sering dilihat sebagai golongan yang glamor dan sentiasa terdedah dengan populariti.
Namun, mereka juga manusia biasa yang menjalani kehidupan seperti manusia normal lain. Baru-baru ini tersebarnya gambar seorang pelakon yang sedang mengerjakan solat di sebuah masjid sebelum memulakan pengambaran.
Khabarnya, pelakon lelaki itu ialah pelakon yang sedang meningkat naik, Daler Yusuf.
Menurut Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang juga individu yang memuat naik gambar berkenaan, pelakon yang dipercayai sebagai Daler itu sedang melakukan solat sunat tahiyatul masjid.
“Pelakon utama ini solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum memulakan panggambaran.
“Artis juga tahu adab masjid. Alhamdulillah. Nama dirahsiakan,” tulisnya di laman Instagram.
Di ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan pelakon tersebut ialah Daler Yusuf.
Jika dilihat di Instagram Daler, dia kini sememangnya sedang terlibat dalam satu pengambaran drama yang bertajuk Nota Buat Cempaka, bergandingan dengan Eyka Farhana.
Pemuda yang berasal dari Uzbekistan ini memegang watak sebagai Dr. Luqman Harith yang juga teraju utama bagi drama tersebut.
Kenyataan itu menguatkan lagi telahan netizen yang mengatakan pelakon yang di dalam gambar itu sememangnya Daler.
Pada masa yang sama gambar itu dimuat naik oleh PU Rahmat di Instagram, Daler secara kebetulan turut memuat naik video pendek menerusi aplikasi InstaStory di Instagramnya.
Dalam video tersebut menunjukkan Daler yang sedang berbaju Melayu hijau dan bersongkok sedang bersiap sedia dengan beberapa krew untuk memulakan pengambaran.
Rata-rata netizen berpendapat apa yang dilakukan Daler ini wajar dicontohi kerana dalam kesibukannya bekerja, perkara sunat tidak dilupakannya.
Al-hamdulillah.
Al-hamdulillah.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Yg "Fakeh" agama tidak semesti yg berserban dan berjubah aje. Kekadang yg berjubah ni, ,wayang je lebihIngat tu abang Lobai!!. Hehehekikikihahahakahkahkah
Post a Comment