Saturday, December 02, 2017

A/Saudara MB Curi Pasir Jelas Dilihat, Bukan Konspirasi Politik Macam Anwar.



Assalamualaikum,
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,,,,

Awal awal lagi Azmin sudah tekan brek! Kes tangkapan anak saudaranya baru saja terjadi, tetapi Azmin sudah bercakap pasal konspirasi politik terhadap kerajaan negeri dengan hujah sudah ada bolgger Umno membangkitkan isu tersebut sebelum tangkapan dibuat.


Yang tidak disebut Azmin ialah samada anak saudaranya terlibat atau tidak dalam sindikit mencuri pasir yang dilapurkan melibatkan kerugian kepada kerajaan. Perkara penting dan utama tidak disentuh tetapi Azmin menegaskan tidak patut politik dilibatkan dalam siasatan yang dijalankan. Agak longgar kenyataan Azmin ini kerana tanpa sebarang bukti berkaitan kes kecurian pasir tersebut, SPRM tidak boleh bertindak samada politik atau tidak kecuali bukti yang diada adakan.
Persoalan di sini bolehkah kes kecurian pasir yang boleh dilihat dengan jelas berlaku setiap hari oleh orang ramai diadakan bukti secara politik untuk mengenakan kerajaan negeri? Kalau kes liwat DSAI mungkin ada bukti yang di ada adakan secara politik, tetapi kes kecurian yang boleh dilihat dengan mata kasar, agak mustahil.

Azmin sepatutnya menyatakan aktiviti melombong pasir oleh anak saudaranya itu bukan satu aktiviti mencuri tetapi dijailankan secara sah. Itu lebih adil kalau nak tuduh ada konpirasi politik terhadap kerajaan negeri sebab pihak pihak yang berpakat untuk menjatuhkan kerajaan negeri tiada asas untuk melakukannya.

Tetapi kalau aktiviti mencuri pasir itu sudah dijalankan bertahun lamanya oleh anak saudaranya tanpa ada apa apa tindakan oleh Azmin dan kerajaan PKR Selangor, sewajarnya tangkapan ini bakal membawa bencana besar kepada kerajaan negeri samaada ianya dibuat oleh konpirasi politik atau tidak. Sebenarnya tidak boleh dielakkan akan adanya satu konspirasi untuk memburuk burukkan kerajaan negeri kerana SPRM sendiri bertindak kerana ada lapuran dibuat.

Siapa yang buat lapuran?mungkin ada parti politik terlibat dan ianya suatu yang normal kalau dilakukan oleh Umno sebagai pembangkang di Selangor. Sama seperti banyak lapuran yang dibuat oleh PH di peringkat persekutuan maka lapuran oleh Umno di Selangor adalah normal dan tidak patut dijadikan alasan konspirasi politik. Begitu juga kalau blogger Umno memainkan isu tersebut yang tiada bezanya bloger PH yang sering kali memainkan isu penylewengan di peringkat persekutuan seperti 1MBD yang masih dimainkan sehingga hari ini. Tiada bezanya.

Oleh itu Azmin seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan konspirasi politik terhadap kerajaan negeri kerana kes ini melibatkan bukti yang jelas dan tidak dapat dilindungi. Kalau kerajaan negeri terperangkap sekalipun, tak usah cari u turn untuk menyalahkan pihak lain. Atau tunggu dulu hasil siasatan SPRM. (TKO)


Lihat sebelum ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails