Thursday, December 21, 2017

Bongkar Kes Cikgu Azizan Tampar Murid Tidak Berdisiplin.



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini.Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Melayu akan bebaskan Baitulmaqaddis“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Cikgu Azizan yang didakwa di makamah kerana menghukum anak murid.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Gempar satu Malaysia apabila Cikgu Azizan di dakwa di Makamah Seremban kerana menghukum anak murid yang didapati melanggar disiplin sekolah. Cikgu Azizan didakwa di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan sengaja. Sabit kesalahan 1 tahun penjara atau denda RM2000. Bagi penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti dipotong 3 mata gaji dan ditahan kenaikkan 3 tahun atau lebih berat ditamatkan perkhidmatan.

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes Cikgu Azizan :

31 Oktober 2017 : Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban. Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan: Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta. Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016. Memukul murid lain. Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau. 19 Disember 2017 : Perbicaraan akan bermula.


Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

RASAH 19 Dis. – Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepas tanpa dibebaskan Azizan Manap, 44, daripada pertuduhan mencederakan muridnya, Oktober lalu. Majisteret Mohd. Zaki Abdul Rahman memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes terbabit ditarik balik. 

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan itu, dituduh kerana dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang, antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Teringat kisah Abang kena tampar dengan cikgu masa sekolah dulu kerana melanggar disiplin. Tak berani nak mengadu pada Abah sebab tahu bila mengadu silap-silap kena penampar sekali lagi dari Abah. Dulu Ibu bapa sangat menghormati cikgu dengan memberi sepenuh tanggung jawab sepenuhnya mendidik anak-anak yang dihantar ke sekolah. 

Semangat cikgu mendidik anak-anak murid seperti mendidik anak sendiri. Jasa cikgu sangat besar kerana telah mengubah hidup ramai anak-anak murid yang datang dari keluarga miskin sehingga menjadi doktor, jurutera, ushawan dan jutawan hebat.

Hikmah kena tampar, cikgu yang pernah melempang Abang dulu adalah guru yang paling Abang ingat. Asbab dari tamparan tersebut telah mendisiplinkan Abang dan sahabat-sahabat. Alhamdulillah dengan izin ALLAH kami semua berjaya dalam kerjaya.

Hari ini cikgu dalam ketakutan hendak mendidik anak-anak murid. Niat nak mendisiplinkan anak murid silap-silap boleh terperuk dalam penjara kerana didakwa oleh ibu bapa yang terlalu menyayangi anak-anak walaupun berulang kali melanggar disiplin sekolah. Ramai cikgu yang berhenti menjadi cikgu kerana tidak tahan dengan tekanan terlampau daripada ibu bapa.


Cikgu / Guru / Teacher / Ustaz / Ustazah adalah MURABBI terbaik kita semua..

Belajarlah hormat kpd mereka.Mereka berusaha mendidik anak kita dgn sebaik mungkin.. Kadang-kadang anak kita agak nakal di sekolah..so cikgu pun dendalah yang patut padan sebagai pengajaran.. Denda untuk mendidik anak kita menjadi insan mulia dan berjaya. Bukannya berdendam. Pengalaman kena denda di sekolah dulu perkara biasa je.

Aku pernah kena ketuk ketampi 100x sebab main-main masa kelas bahasa melayu…rasa nak tercabut lutut ooooooo….Ustazah Rozana namanya…Ustazah sihat ke ? Pernah kena jalan itik keliling padang, berdiri atas kerusi tu perkara biasa.Rotan di tangan & punggung juga pernah dirasai kelazatannya….hihi…

Yang paling best .. kena lempang sampai tercampak songkok dari kepala…hahahaa…padan muka aku..

Pendapat Abang tak ada masalah untuk menghukum kes disiplin yang melampau. Cuma ramai ibu bapa yang sentap apabila mereka sendiri tak pernah melempang anak tapi dilempang oleh gura pulak. Pepatah orang tua kata, Sayangkan anak pukul-pukulkan sudah tidak digunakan oleh ibu bapa generasi mellinium. Mereka tak kisah nak jadi apa pada anak-anak di masa depan yang penting sekarang dimanja-manjakan. Cara pendidikan akhir zaman, ibu melahirkan tuan.

Lelaki itu berkata lagi, “Beritahukan kepadaku kapan terjadinya Kiamat.” Nabi menjawab, “Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia pun bertanya lagi, “Beritahukan kepadaku tentang tanda – tandanya!” Nabi menjawab, “Jika budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.” (HR Muslim)

Yang menjadi polimik di sosial media adakah patut guru melempang anak murid?

Muhamad Abdullah : kalau anak hisap gam.. kena tampar memang sesuai.. kalau anak aku.. aku tambah dgn beluti lagi… itu pun nak kena paham sikit ke… budus level gaban betul mak budak tu.

Lepat Pisang : Isap gam tu lebih mncederakan.Kegiatan menghidu gam ini mempunyai kesan dan keburukannya tersendiri. Sebagaimana yang kita tahu bahawa Gam mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Oleh itu, Jika diambil secara berlebihan, bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Disamping itu juga, kesan dari gam tersebut juga memberikan kesan kepada fungsi otak iaitu seperti boleh mengakibatkan seseorang yang mengambilnya secara berlebihan menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Selain dari itu juga, perlu juga diketahui bahawa apabila remaja terlibat dengan gejala hidu gam, ia tidak dapat dikesan melalui ujian air kencing sebab ia bukannya dadah. Ini akan menyukarkan kita untuk mengesan mereka yang terlibat dengan masalah ini kecuali ketika mereka sedang melakukannya. Malah ada diantara remaja apabila sudah ketagihan sanggup menggunakan bahan alternatif seperti pencair cat, petrol dan tahi lembu kering. Tahi lembu kering itu dibakar asapnya disedut. 

Oleh yang demikian setelah seseorang tersebut sudah ketagih maka tidak mustahil mereka boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah. Justeru itu juga, pelajar yang terlibat dengan gejala menghidu gam ini pada kebiasaannnya hilang minta untuk belajar dan menjadi pemalas dan akhirnya perkara ini boleh mempengaruhi masa depan mereka. 

Tambahan lagi, mereka yang baharu selesai melakukan kegiatan menghidu gam ini juga selalunya boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.

Salbiah Mohd Yusof : Denda dulu biasa je tapi mak bapa kita tak kisah, tak taulah mungkin mak/bapak kita orang tak berpelajaran tapi bijak dalam mengajar anak orang sekarang terbalik pulak terpelajar tapi anak-anak dibiarkan buat apa saje (terutama cuti sekolah ni) senang hati ke duduk tempat kerja tu anak kat rumah terbiar.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Lihat sebelum ini..


2 comments:

Anonymous said...

Sebilangan manusia zaman ini hanya pandai beranak tetapi tidak pandai mendidik anak dan dibesarkan tanpa pendidikan Islam sehinggakan mereka tidak tahu tentang halal haram dan dosa. Akibatnya mereka menjadi tidak berakhlak dan menganut sekularisme, liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan agama Islam. Maka yang paling gembira ialah puak liberalisme dan puak evangelis yang berusaha memurtadkan umat Islam. Contoh manusia sesat dan menyesatkan ialah siti jari tengah, Sister in Sins, Beruk Peru dll.

Anonymous said...

Undang2 disiplin murid utk mendidik anak bangsa ada batas2 norma kehidupan..undang2 peraturan murid melarang lagi sekali melarang di tegaskan lagi sekali melarang menampar muka.cikgu azizan di lepas sahaja tapi tidak dibebaskan ya.mungkin tidak cukup bukti dan sbgnya...klu bersabit hingga kematian atas nama mendidik anak bangsa 302 gantung sampi mati ya...Peluang cikgu azizan berubah menjadi pendidik yg lebih baik..semua org boleh jadi guru tp tidak semua yg boleh menjadi pendidik...zmn dahulu boleh la guru di hormati zmn sekarang maaf ya tindak tanduk anda berlandaskan perikemanusiaan ..anak murid bkn kain buruk mak bapak bkn tangki najis...berubahlah wahai guru

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails