AIDCNews -07/12/17 –Walaupun Pakatan Harapan (PH) cuba menggambarkan bahawa Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, namun maklumat dalaman yang diperolehi oleh ‘inner circe’ Parti Sosialis Malaysia (PSM) berbeza.
Ia merujuk kepada Keputusan PH yang diketuai DAP semasa pemukiman yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 1 dan 2 Disember lalu.
Ketua Pemuda PSM, Khalid Mohd Ismath berkata nama Presiden PKR, Wan Azizah tiada dalam senarai pencalonan itu, sebaliknya yang dicalonkan adalah timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Hanya nama Mahathir dan Azmin diletakkan dalam pencalonan sebagai PM. Sangat pelik.
“Mengapa hanya 2 nama ini? Dan dua-dua nama ini sudah cukup banyak sejarah korupsinya,”katanya dalam Facebook.
Khalid Mohd Ismath juga turut mempertikaikan muslihat politik yang dimainkan oleh pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dan sekutu rapatnya, Mohamad Sabu dalam pencalonan PM bayangan PH tersebut.
“Apakah Mat Sabu, Kit Siang tak nampak permainan ini ?
“Moga Pakatan tidak berjaya tawan putrajaya. Lebih banyak mudharat daripada maslahat,”katanya lagi.
Seorang lagi aktivis PSM, Muhamad Harris Nasril menyifatkan usaha PH menwar-warkan nama Dr Mahathir dan Wan Azizah sekadar taktik ‘smoke screen’ sepertimana plot menukar Menteri Besar (MB) Selangor melalui ‘Kajang Move’ empat tahun lepas.
“2014 di Selangor, rancangan PKR adalah untuk menukar MB dengan Azmin Ali. Mereka gunakan Kajang Move sebagai ‘smoke screen’ dengan mencalonkan Azizah sebagai MB.
“Walaupun ADUN Pakatan menyokong Azizah, hakikatnya rakyat kebanyakan menentangmya kerana Azizah tiada aura dan ketokohan.
“Mereka sengaja meletakkan Azizah, yang sebenarnya cuma umpan, yang kemudian bila ditentang, mereka naikkanlah nama Azmin. Tiba-tiba semua jadi setuju. SD (akuan bersumpah) ADUN-ADUN yang mahu Azizah jadi MB dibakulsampahkan begitu sahaja,” katanya.
Tegasnya, ‘Pemukiman PH’ dalam mencalonkan PM adalah sekadar peniruan taktik ‘Kajang Move’ yang dilakukan DAP dan PKR sebelum ini.
“Saya fikir taktik sama diguna pakai dalam kes calon PM Pakatan Harapan. Bila ramai yang menentang Mahathir jadi PM, nama Azmin kemudian akan dicalonkan. Semua kelak akan setuju.
“Padahal, sebenarnya memang Azmin yang mereka mahu calonkan. Mahathir digunakan sebagai ‘smoke screen’. Azmin itu pun memang kita tahu sebenarnya adalah “anak angkat” Mahathir,”katanya lagi.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
3 comments:
Jangan layan sangat teori komunis.
La ingat Lebai ayah pink. oh lupa cuma 40 je bertanding mana layak. tu pun tinggal berapa je.
Macai-macai parti ultrakiasu menulis komen di luar tajuk artikel di atas membuktikan macai bodoh bertingkat kerana berkongsi dedak cap roket dengan babi ternakan.
Post a Comment