DONALD TRUMP! Anda sudah biasa mengugut dan merasuah komuniti perniagaan. Anda sudah faham dalam perniagaan, wang menentukan segalanya. Maruah anda mungkin pernah dibeli.
Malahan anda juga mungkin pernah membeli maruah orang lain dalam perniagaan. Cuma malang dan penuh celaka, dalam isu Baitulmaqdis – anda gagal membeli maruah 128 pemimpin hebat dunia.
Setelah diaib dengan 14 undi dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menentang pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menanggung malu berganda.
Bayangkanlah dua pertiga anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) semalam turut menentang keputusannya malam tadi. Trump tewas teruk. Hanya sembilan negara bersama AS menyokong Zionis.
Manakala 35 negara berkecuali dan 21 lagi tidak mengundi. Namun, paling jelas, 128 negara menyatakan pendirian tegas bahawa Baitumaqdis bukan hak milik Israel bahkan tidak layak diiktiraf sebagai ibu negara Zionis itu.
Trump mencuba sedaya upaya sebelum pengundian bermula. AS mengugut untuk untuk menarik balik bantuan kewangan pada negara-negara yang menentang mereka.
Namun, usaha dan taktik politik paling kotor dalam sejarah pengundian UNGA itu, tetap gagal memenangkan misi Trump dalam usahanya membantu rejim haram Israel.
Dua hari lalu, Trump dengan lantang dan bongkak secara terbuka mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang didapati menyokong draf resolusi itu.
“Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita,” katanya.
Dalam senario pengundian semalam, wujud kesepakatan sejagat menentang pengisytiharan Trump terhadap status Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu.
Uniknya, hanya 57 negara OIC mengundi dengan membawa semangat yang dicapai di Turki minggu lalu. Jadi, maknanya 71 undi pro-Palestin sebenarnya diperoleh daripada negara bukan Islam.
Sudah pasti undi diperoleh daripada kalangan negara blok Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Asia.
Hanya lapan negara yang bersama AS iaitu Guatemala, Honduras, Kepulauan Marshall, Micronesia, Nauru, Palau dan Togo. Pastinya sebuah lagi yang sudah diketahui dunia, ialah Israel.
Baki 35 negara yang berkecuali tidak penting lagi, kerana Trump mengharapkan sokongan dan bukan pengecualian. PBB memiliki 193 keanggotaan negara dunia.
Keputusan undian menjadikan suasana di PBB semalam, sebagai hari paling celaka buat Trump. Malah, turut mencatat sejarah sebagai detik yang paling memalukan AS di PBB selama 8 dekad kewujudan badan dunia itu.
Pergi jahanam Trump!
Anda kini ‘badut dunia’ yang diperlekehkan di PBB. Malah, keputusan undian malam tadi juga, menghantar isyarat jelas pada rakyat AS: Anda semua telah mengundi seorang badut sarkas hebat.
Trump kini sumber hiburan politik yang menyakitkan hati masyarakat dunia!
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment