Friday, December 29, 2017

DAP Desak Jabatan Agama Henti Tangkap LGBT. Kurang Ajar..



Klang, Selangor: Kerajaan Malaysia perlu memansuhkan semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang mendiskriminasi golongan transgender di Malaysia, demikian menurut Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan Klang, YB Charles Santiagor.


Charles turut menggesa agensi-agensi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar berhenti menangkap golongan mak nyah sewenang-wenangnya.
“Dan saya juga menggesa supaya semua Jabatan-Jabatan Agama Islam, termasuk JAKIM dan JAIS untuk menghentikan penahanan tidak berasas kaum mak nyah.”

Transgender Day Of Remembrance: End Discriminatory Laws against the Transgender Community

According to organisations working on the rights of the LGBT in the country, three transgender people were murdered this year.
 The brutal killing of a 27-year-old transgender woman, Sameera Krishnan, shook the nation.
...See More

88


Menurut Ahli Parlimen yang mewakili penduduk Klang itu, selepas pengharaman gerakan Seksualiti Merdeka pada hujung tahun 2011 seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya.
“Pada bulan November 2011, kerajaan menghapuskan Seksualiti Merdeka. Kementerian Pelajaran pula telah mengedarkan pekeliling di sekolah-sekolah bagi mendidik para pelajar mengenal pasti orientasi gay atau lesbian bagi mengekang apa yang mereka panggil sebagai peningkatan “fenomena tidak sihat di kalangan pelajar”. Sehubungan inisiatif itu, seorang budak lelaki telah dipukul sehingga mati di luar perkarangan sekolahnya oleh pelajar dari sekolah yang sama dengan alasan cara jalannya pelik dan dia layak diperlakukan dengan kasar.”
“Pada bulan Mac tahun ini, Lembaga Penapis Filem telah menyuruh Disney menyunting keluar 4 minit babak dalam cerita kanak-kanak “Beauty and the Beast” yang memaparkan “babak gay”,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, perbuatan diskriminasi terhadap kaum LGBT seperti penyuntingan adegan gay dari filem Beauty and the Beast telah menjadikan Malaysia negara yang merbahaya bagi kaum LGBT.
“Diskriminasi bersistematik terhadap lesbian, gay, biseksual dan terutamanya komuniti transgender secara berterusan menjadikan Malaysia sebuah tempat berbahaya untuk didiami mereka. Namun, kita boleh mengubahnya bersama-sama.”
“Saya bersolidariti bersama komuniti trans di seluruh dunia dan saya menyeru anda semua menyertai saya menggesa kerajaan Malaysia untuk memansuhkan semua undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi golongan trangender,” dakwanya lagi.
Merujuk kepada kegiatan pelacuran yang berleluasa di kalangan ahli komuniti itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, walaupun pihak penguatkuasaan syariah JHEAT telah beberapa kali melakukan operasi bersepadu dan melakukan tangkapan terhadap golongan transgender mak nyah yang melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat di sekitar Bandar, Kuala Terengganu, namun mereka tidak serik dan terus melakukan kegiatan tidak bermoral itu – menara.my
Komen Weblog Ibn Hasyim: Kurang ajar. DAP masuk campur dalam hal ehwal agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan negara ini (Perkaran3 Perlembagaan Persekutuan).
Lihat sebelum ini..

2 comments:

Anonymous said...

INILAH DAP YG MENJADI JUARA POLITK LIBERAL SEKUAL. JUARA HINGGA PAN SANGGUP JADI KHADAM

http://v2.ismaweb.net/2014/07/dr-mujahid-penghalang-atau-pembela-lgbt/

Datuk Dr Mujahid,

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?

Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?

Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang.

Sebagai majikan, adakah anda mahu memberikan pekerjaan kepada pengamal LGBT yang pastinya dikenakan tindakan undang-undang? Adakah anda mengamalkan diskriminasi jika anda tidak mahu memberikan pekerjaan kepada pesalah undang-undang?

Rang Undang-undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi untuk melindungi hak golongan LGBT untuk tidak didiskriminasikan dalam bidang pekerjaan adalah tidak perlu kerana kewujudan golongan LGBT itu sendiri adalah tidak perlu, malah mengamalkan LGBT adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang negara.

“Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina. Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya,” kata Dr Mujahid lagi.

Kita bersetuju bahawa tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina tetapi kita bertanya di bawah gender apakah dan dalam jantina apakah terletaknya orientasi seksual LGBT? Lelaki atau perempuan? Atau ada jantina lain di sisi Dr Mujahid? Ia adalah rahsia yang terbuka bahawa LGBT bukanlah jantina. Lelaki dan perempuan ialah jantina tetapi LGBT bukan jantina. LGBT tidak lain hanyalah perlakuan sumbang yang didasarkan oleh kemahuan hawa nafsu manusia semata. Lalu mengapa ada kumpulan bersungguh-sungguh berjuang agar masyarakat dunia menerima dan mengiktiraf LGBT sebagai jantina selain lelaki dan perempuan? Tidak lain hanyalah untuk menghalalkan kemahuan nafsu serakah mereka sahaja agar tidak lagi menjadi kesalahan di sisi undang-undang dan tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat yang bertamadun.

Anonymous said...

INILAH RAMASAMY YG GIGIH MEMANNGIL ZAKIR NAIK SYAITAN. TETAPI BAGI PAN BIAR UMAT ISLAM DIHINA ASALKAN DAP BAHAGIA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gpms-p-pinang-kutuk-ramasamy-gelar-dr-zakir-naik-syaitan-102000

GPMS P. Pinang kutuk Ramasamy gelar Dr Zakir Naik 'syaitan'

GEORGE TOWN: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pulau Pinang mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof Dr P.Ramasamy menggelar pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai 'syaitan dan penipu'.

Pengerusi Biro Agama GPMS Pulau Pinang Azdy Mohd Arshad berkata sebagai seorang timbalan ketua menteri dan ahli akademik, Ramasamy sewajarnya mengambil pendekatan yang lebih berhemah dan bijaksana dalam mengeluarkan kenyataan serta pandangan dalam laman sosial Facebook.

"GPMS Pulau Pinang sangat kecewa dengan tindakan Ramasamy menghasut rakyat khususnya dalam kalangan kaum India beragama Hindu untuk memusuhi Dr Zakir Naik yang secara tidak langsung tindakan ini juga membangkitkan kemarahan, kebencian dan permusuhan penganut agama lain ke atas agama Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails