Saturday, December 02, 2017

Dapatan RCI Forex Selaras Dengan Impian DAP? – Dr Kamarul

Hasil carian imej untuk DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF




Setelah lama menunggu, akhirnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, bertajuk “Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Sekitar Tahun 1990-an”, telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Laporan setebal 586 muka surat ini dikatakan mencadangkan supaya polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah dan/atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selain bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM dan Jabatan Audit Negara (JAN), dalam menjalankan urusniaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen.

Laporan ini segera mengingatkan saya kepada satu catatan Senator DAP, Dr Ariffin Omar, yang berbunyi: 

“Adalah jelas tanpa apa-apa keraguan Mahathir langsung tidak berminat dengan kebajikan rakyat Malaysia. Mengenepikan projek-projek mega beliau yang memakan belanja berbilion-bilion, skandal-skandal kewangan dan ekonomi sewaktu pemerintahan beliau adalah sebetulnya bersifat jenayah. Siapa boleh lupa skandal BMF, Mamingco, lonjakan Timah besar dan tentunya penggunaan rizab-rizab asing negara sebagai bahan-bahan perjudian di dalam spekulasi mata wang. Di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting beliau sepatutnya berada dalam penjara. Hanya di Malaysia beliau boleh terlepas dengan perbuatan-perbuatan keji begini.”

(Catatan asal Dr Ariffin Omar adalah berbunyi: “It is clear beyond any doubt the Mahathir is not interested in the welfare of the Malaysian people at all. Leaving aside his grandiose projects which costs billions, the financial and economic scandals during his watch is truly criminal. Who can forget the BMF scandal, Mamingco, the great Tin caper and of course using the country’s foreign reserves as gambling chips in currency speculation. In any other country where the rule of law is paramount he should be in prison. Only in Malaysia can he get away with such dastardly deeds.”)

Mungkin sahaja Dr Ariffin Omar adalah di antara mereka yang bergembira dengan dapatan RCI forex yang meminta Tun Dr Mahathir disiasat secara rasmi ini kerana ia adalah selaras dengan penegasan beliau sebelum ini bahawa di mana-mana negara lain di mana kedaulatan undang-undang adalah amat penting Tun Dr Mahathir sepatutnya berada dalam penjara.

Hasil carian imej untuk DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).


Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment