SERAMAI 15 anggota Yayasan Amal Malaysia termasuk tiga wartawan dari agensi media Astro Awani dan Harakah menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan di Marawi.
Delegasi itu diketuai AJK Amal Malaysia Pusat, Nawawi Sulong dari Terengganu bermula 5 hingga 11 Disember ini.
Katanya, misi bantuan kemanusiaan itu tertumpu kepada ribuan pelarian perang Marawi di sekitar kejiranan bandar tersebut.
Menurutnya, sejumlah lebih RM30,000 sumbangan rakyat Malaysia diagihkan dalam bentuk bekalan makanan asasi serta keperluan harian mangsa pelarian.
"Alhamdulillah, misi bantuan kemanusiaan Amal Malaysia kali ini ke Marawi.
"Di Marawi sebenarnya terdapat ratusan ribu penduduk yang menjadi pelarian akibat perang yang tercetus pada 23 Mei lalu.
"Walaupun kami tidak dibenarkan masuk terus ke kawasan perang (Marawi City) kerana darurat, tetapi bantuan tetap disampaikan kepada mangsa di pinggir bandar itu," jelasnya kepada Harakah, hari ini.
Kata Nawi, selain bantuan bekalan makanan Amal Malaysia turut menyumbang dua ekor lembu akikah bagi pelarian terbabit.
Katanya, misi Amal Malaysia itu dengan kerjasama rakan NGO dari Bangsamoro Development Agency (BDA).
Menurutnya, kehidupan dan keperluan bagi pelarian Marawi juga perlu diberi perhatian dunia kerana isu itu tenggelam dengan isu penghapusan etnik Rohingya. – HARAKAHDAILY 6/12/2017
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment