Saturday, December 16, 2017

Dia Potong Kemaluan Suami, Mengapa?




SEORANG wanita di Republik Dominican ditahan kerana memotong alat kelamin suaminya selepas memberi dadah kepada lelaki itu, mendakwa tidak dilayan dengan baik.

Wanita itu, Johanny Diaz, 28, melakukan jenayah itu di sebuah kabin tempat dia tinggal bersama suaminya, Samuel Ventura Garcia, 44. Daily Mal melaporkan, menurut polis, pasangan itu bergaduh sebelum kejadian, termasuk berkemungkinan mahu berpisah.

Johanny memberitahu, dia memberi dadah kepada suaminya dan ketika lelaki berkenaan tidak sedarkan diri, dia memotong zakar mangsa, semalam. Menurut polis, Samuel dihantar ke Hospital Dr Ricardo Limardo sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta bagi menjalani pembedahan menyambung semua alat kelaminnya.

Difahamkan, doktor menyatakan jika usaha menyambung di hospital berkenaan gagal, mangsa akan dipindahkan ke ke sebuah pusat perubatan di Santiago yang mempunyai kelengkapan lebih moden. (SUARA TV)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia potong kemaluan suaminya adalah kerana penggunaan 'Dadah'.
Hasil carian imej untuk dadah

Sedikit imbasan mengenai dadah.

Istilah ‘Drug’ dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai 'ubat-ubatan' menurut Kamus Dewan. Sedangkan 'Dadah' diertikan sudah termasuk perkara salahguna. Sepatutnya salahguna drug bukan salahguna dadah.

Jenis-jenisnya..
  1. Opiat -Heroin,morfin,candu dan kodein
  2. Kanabis -Ganja, hashish
  3. Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranqualizer.
  4. Stimulan -Jenis amfetamin dan kokain
  5. Halusinogen -Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin,psilosibi
  6. Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi.
Tidak terdapat hukum atau larangan khusus daripada Al-Quran atau Hadis Rasulullah SAW. Tetapi secara umum, Al-Quran dan Hadis melarang setiap Muslim mendekati perbuatan-perbuatan yang keji dan merosakkan diri. Dadah dikatakan hanya lahir di akhir tahun 106 dan 107 Hijrah di masa permulaan Kerajaan Tartar.

Mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, "Fatwa Al-Syari’iyah" (mukasurat 184), bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibn Taimiyah dari Ulamak Hambali.

Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah membuat fatwanya berdasarkan kepada beberapa aspek antaranya, dadah boleh memabukkan dan berbahaya kepada manusia dan masyarakat seluruhnya, maka dadah termasuklah dalam kategori Hadis:
  • Ertinya : "Tiap-tiap yang memabukkan adalah haram" (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dan tiap-tiap benda yang memabukkan walau dari apa jenis sekalipun ianya dinamakan juga "khamar". Ini jelas dalam sebuah Hadis:
  • Ertinya: "Tiap-tiap yang memabukkan adalah khamar (arak) dan tiap- tiap khamar itu hukumnya adalah haram"
Pengertian arak adalah luas termasuklah apa saja benda yang digunakan boleh mengganggu fikiran dan mengeluarkan akal daripada tabiatnya yang sebenar. Dalam hubungan ini, dadah mempunyai pengaruh yang amat keras terhadap perasaan dan akal fikiran penggunanya. Mereka yang menghisap dadah akan lupa kepada dirinya, agamanya, keluarganya, dan dunianya serta tenggelam dalam dunia khayalan. 

Lebih daripada itu, dadah juga akan mengganggu kemurniaan jiwa dan menghancurkan moral, keharmonian keluarga, meruntuhkan ibadah dan melemahkan perasaan untuk melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT, diri, keluarga dan masyarakat. 

Ibn Al Baitar berpendapat bahawa penggunaan dadah sekalipun sekadar satu dirham telah menjadi mabuk, maka apatah lagi penggunaan yang lebih daripada itu yang membawa seseorang itu kepada peringkat hilang pertimbangan akalnya. Bahkan boleh membawa seseorang itu kepada jenayah pembunuhan. 

Ibn Hajar Al Haitami Al Makki berpendapat bahawa penggunaan dadah boleh membawa berbagai-bagai bahaya dan kerosakan dari segi keagamaan dan kemasyarakatan. Al Qurafi dari Ulamak Maliki dan Ibn Taimiyah dari Mazhab Hambali telah mengeluarkan kata sepakat bahawa Ijmak Ulamak tentang hukum haramnya dadah. 

Al Imam Ibn Taimiyah di dalam kitabnya Al-Siasatus-Syariah berkata: 

  • "Sesungguhnya adalah hasyisy (ganja) itu haram dan dihukum dengan had ke atas 
    orang yang menggunakannya sama seperti dengan had ke atas peminum-peminum 
    arak (sebat 40 kali rotan), dari segi lain ia adalah merosakkan akal dan tabiat badan manusia dan ia adalah penghalang daripada ingatan kepada Allah dan ingatan sembahyang dan dia termasuk ke dalam kumpulan sesuatu yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya daripada arak pada lafaz dan maknanya."
Pengharaman dadah bukan sahaja kepada sesiapa yang memakannya malahan juga kepada sesiapa yang berniaga, membuat, mengedar, memunggah dan sebagainya. Sebagai perbidalan, sabda Rasulullah SAW ertinya:
  • "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya."
Dan sabdanya lagi:
  • "Allah (S.W.T.) telah laknatkan arak sepuluh perkara, orang yang memerahnya, tempat pemerahan, orang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang 
    ditawarkan kepadanya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang memakan harganya, orang yang membelinya dan prang yang dibelikan 
    kepadanya".
Doktor Ahmad Sayuqi Al-Fanjari di dalam rencananya yang disiarkan oleh Majalah Al-Wayul Islam keluaran Februari 1985 menyebutkan bahawa daripada dalil-dalil yang disebutkan, dadah itu adalah lebih besar haramnya daripada arak dan tiga sebab utamanya ialah:
  1. Dadah menghilangkan akal kerana ianya bukan sahaja membawa kepada mabuk tetapi jugak membawa kepada hilang akal, dari itu ia adalah haram;
  2. Dadah membawa kebinasaan harta benda kerana ianya membawa pengangguran pada permulaannya, dan juga perbelanjaannya lebih besar daripada arak, maka dari itu ia adalah haram; dan
  3. Dadah membawa kepada kebinasaan jiwa kerana ianya menyebabkan si penagih mati lebih awal maka dengan sebab itu adalah haram.
Menggunakan dadah dapat diibaratkan sebagai perbuatan membinasakan dan membunuh diri. Sedangkan Allah SWT di dalam Surah An-Nisa; ayat 29 bermaksud:


  • "Janganlah kamu membunuh diri kamu keranasesungguhnya Allah Maha belas kasihan kepada kamu".
FirmanNya lagi di dalam Surah Al-Baqarah (ayat 195) bermaksud:

  • "Dan jangan kamu mencampakkan diri-diri kamu kepada kebinasaan".
Menghisap dadah amat merbahaya dan membawa kepada kedurjanaan dan membawa kepada kemurkaan Allah SWT. (S.W.T.). Sabda Nabi daripada riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah bermaksud:

  • "Tidak boleh membuat bahaya dan membalas bahaya".
Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 126 yang diadakan pada 24 Februari 1983, setelah mengimbangkan pendapat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal Agama Islam telah membuat keputusan berikut:

  • "Sebarang penyalahgunaan, termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya disisi syarak adalah haram, dan dengan itu adalah ditegah sama sekali dan dadah hanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan yang sah mengikut syarak".
Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails