Friday, December 01, 2017

Dr. M Alami Sindrom ‘Post Power’ -Hamid Awaludin, M/Menteri Indonesia.


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin yang mengalami sindrom pasca kuasa akibat terlalu lama menjadi perdana menteri, kata Mantan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin.

Hamid berkata demikian selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu dilihat kerap menentang kesemua penggantinya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga barisan pemimpin terkini, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya lagi, tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri sepatutnya menjadikan beliau lebih matang dan mempunyai sensitivi yang tinggi, bukannya bersikap seperti kebudak-budakkan sehingga menjatuhkan kredibiliti beliau.
 HAMID AWALUDIN DAN KETUA PEMUDA BARISAN NASIONAL WILAYAH, DATUK MOHD. RAZLAN MUHAMMAD RAFII DAN PENGERUSI EXCO PEMUDA UMNO, DATUK MOHAMED HAZALI ABU HASSAN.
“Saya hairan beliau (Dr. Mahathir) yang merupakan seorang negawan yang baik tiba-tiba menyelar semua bekas pemimpin sebelum ini.
“Jika beliau berseteru dengan Najib, jangan kaitkan isu etnik demi kepentingannya, ini bukan sahaja penghinaan tetapi boleh merosakan hubungan baik antara dua negara,” kata bekas menteri Indonesia itu dalam sidang akhbar khas penghinaan Dr. Mahathir terhadap etnik Bugis, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Dr. Mahathir yang baru-baru ini melabelkan keturunan Najib sebagai ‘lanun’ Bugis ketika berucap dalam satu perhimpunan anjuran parti pembangkang di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.
Dalam pada itu Hamid menambah, etnik Bugis tidak akan menggesa Dr. Mahathir untuk memohon maaf dan mengatakan beliau  sewajarnya memiliki kesedaran sosial untuk berbuat demikian.
“Saya tidak berada dalam posisi menggesanya meminta maaf kerana saya tahu orang yang memiliki peradaban itu memiliki sensitiviti tinggi.
“Orang yang memiliki sensitiviti tidak perlu didorong meminta maaf tetapi melakukan sendiri,” katanya.
Keceluparan mulut Dr Mahathir itu turut menaikkan kemarahan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memintanya membuat permohonan maaf kerana bukan sahaja menyinggung dan menghina suku Bugis di Malaysia, malah di Indonesia.
Malah, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut melakukan protes dengan mengadakan perhimpuan secara aman bagi membantan kenyataan bekas perdana menteri itu.
Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kecewa serta memandang serius kenyataan menghina itu. Tuanku menggesa satu penyiasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dilakukkan bagi mengenakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini..



No comments:

Post a Comment