SHAH ALAM – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus mencipta kontroversi dan kali ini dakwaan dilihat cukup berat.
Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang terpalit dengan tragedi Memali itu bukan sahaja bertindak menyalahkan mufti dalam insiden tersebut malah menggelarkan mereka sebagai kafir.
Tanpa sedikit pun menyentuh tentang peranan beliau dalam tragedi hitam negara itu, Dr. Mahathir berkata, sebaik penasihat raja, mufti sepatutnya menyangkal amanat Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mendorong berlaku insiden berdarah tersebut.
“Mengapa mufti berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka bersetuju. Kalau mereka setuju pendapat itu, mereka tidak masuk parti Pas, maka mufti kita juga kafir dan orang yang dinasihati mufti juga kafir.
“Mengapa amanat ini tidak disangkal sehingga kini,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, di sini hari ini.
Tragedi Memali di Baling pada 19 November 1985 memalitkan catatan hitam apabila 18 nyawa terkorban dan ketika banyak pihak menuding perkara itu ke atas bahunya, Dr. Mahathir bertindak menyalahkan bekas timbalannya, Tan Sri Musa Hitam.
Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir berterusan menyerang Pas sebagai parti yang memperalatkan agama sehingga membawa kepada ketaksuban dalam kalangan ahlinya seperti yang berlaku di Memali.
“Dalam tragedi Memali ini, empat polis dibunuh yang disangka kafir kerana bekerja dengan kerajaan kafir. Pas sebenarnya adalah parti yang memperalatkan dan menjual Islam,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Dr. Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, beliau sedang meneliti tiga kawasan.
“Saya mungkin akan bertanding di tiga kawasan Parlimen iaitu Kubang Pasu, Langkawi dan Putrajaya. Rakyat memberi gambaran bahawa saya diterima dan mempunyai peluang jika bertanding di sana,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
1 comment:
Hukum kepala bapak sekular liberal menghina, mempertikai, menolak dan menentang Hudud dll adalah murtad. Begitu juga pengampu-pengampu dan penjilat-penjilat dan penyokong-penyokongnya yang menyokongnya menentang Hudud dll semasa kepala bapak berkuasa.
Kepala bapak telah membunuh ulama dan orang kampung yang tidak bersalah. Bukankan membunuh orang mukmin, hukumnya kekal dalam neraka? Dah tua bangka belum bertaubat lagikah? Dunia kata pergi, kubur kata mari.
Bertaubatlah kamu sebelum malaikat maut menziarahi kamu untuk kali terakhir ! Munkar dan Nakir sedang menunggu kamu di dalam kubur!
Post a Comment