Monday, December 18, 2017

Eksploitasi Nama S/Brunei Sokong Tun M, Biadap!


BANDAR SERI BEGAWAN – Ia bukan sahaja tindakan biadab malahan dianggap sebagai amat terdesak apabila sanggup tergamak eksploitasi nama sultan untuk kepentingan politik peribadi.

Lebih aib, ‘askar siber’ pembangkang Malaysia dikesan mempergunakan laman sosial palsu konon Sultan Hassanal Bolkiah menyokong usaha Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘melawan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesej yang disebarkan sejak Khamis lalu menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan yang langsung percaya Sultan Brunei berkenan menyebelahi tokoh veteran berusia 92 tahun itu untuk menang pilihan raya umum ke-14.
Justeru Polis Diraja Brunei (PDB) memberi amaran tegas sambil mengingatkan orang ramai agar tidak percayai berita atau fakta diragui yang disebarkan melalui akaun media sosial tertentu sama ada dari dalam atau luar negeri.
Media Brunei melaporan, laporan palsu berbaur hasutan antikerajaan itu disebarkan menerusi Facebook, Twitter, Whatsapp selain Instagram dengan menyalahgunakan identiti atau nama pembesar, kenamaan dan sebagainya.
Akaun tersebut menurut jurucakap PDB disyaki mempunyai unsur penipuan dan berita tidak benar bertujuan untuk memperdayakan orang ramai selain menimbulkan ketegangan serta suasana tidak senang dalam kalangan rakyat.
PDB turut menasihatkan masyarakat agar semak kesahihan maklumat disebarkan melalui aplikasi InfoDeptBN dikendalikan oleh Jabatan Penerangan Brunei di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dilancarkan pada Mei lalu.
Terdahulu, netizen di Malaysia kecoh dengan penularan mesej konon daripada Sultan Brunei yang memuji Mahathir untuk menentang Najib dan menggelarkan pemimpin Pakatan Harapan belum didaftarkan sah itu sebagai Master.
Namun, akaun yang menggunakan nama H. H. Haji Hassanal Bolkiah itu didapati palsu kerana baginda tidak pernah memiliki laman tersebut dan mesej ditulis itu sendiri agak diragui berdasarkan gaya lenggok bahasanya.
Untuk rekod, Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya tiada hubungan baik dengan institusi beraja bahkan bertindak biadab mengehadkan kuasa sultan selain boleh didakwa di mahkamah. – Agensi.

Lihat sebelum ini..


1 comment:

Anonymous said...

Nampaknya pembangkang pimpinan ultra kiasu begitu terdesak untuk sehinggakan mereka sanggup menggunakan pelbagai taktik kotor dan tidak bermoral. Matlamat menghalalkan cara akan memusnahkan negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails