Friday, December 22, 2017

Harap Dunia Ajar AS -Erdogan


Imej yang berkaitan

TETAP menunjukkan ketegasannya Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan berharap dunia akan mengajar Washington sesuatu daripada proses pengundian mengenai Baitulmuqaddis di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Kata Erdogan lagi, Turki juga tidak boleh dibeli dengan wang AS seperti dibayangkan presiden negara terbabit, Donald Trump.

"Encik Trump, kamu tidak boleh membeli demokrasi Turki dengan dolar kamu," katanya dalam satu ucapan di Ankara hari ini dan dipetik agensi berita Reuters.

Tukri menjadi kerajaan yang paling ke depan - setakat ini - dalam usaha negara Islam menyanggah keputusan Rumah Putih mengiktiraf bandar Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Pengiktirafan itu memang menggembirakan Israel yang selama ini berusaha melobi Washington menyokong tindakan mereka menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara. Langkah itu akan menjadikan konflik Palestin semakin rumit untuk diselesaikan.

Palestin bercadang menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara mereka suatu hari nanti. Ketika ini wilayah berkenaan berada dalam jajahan Tel Aviv. Sejumlah besar negara yang menganggotai PBB mengusahakan usul mendesak Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.


Marah, Erdogan: Hei Trump! Apa yang Ingin Anda Lakukan?
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan saat bertemu Presiden AS Donald Trump di Gedung Putih pada Mei lalu (REUTERS/Kevin Lamarque)


Harap dunia ajar AS


Terdahulu Trump mengancam untuk memotong bantuan bernilai "berbilion-bilion dolar" kepada mana-mana negara yang tidak memberikan undi menyokong usul berkenaan.

Untuk rekod usul itu dijangka turut mendapat sokongan dari negara Eropah.
Bagaimanapun perlu diingatkan lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB - termasuk AS - mempunyai kuasa veto untuk membatalkan sesuatu usul yang dikemukakan.

Kata Erdogan Turki berharap - malah menjangkakan - AS tidak akan mendapat apa yang dimahu mereka daripada usul di PBB itu.

"Dan semoga dunia memberi pengajaran yang sangat bermakna kepada AS," katanya.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley, juga menulis kepada kira-kira 180 daripada 193 negara anggota pertubuhan berkenaan untuk memberi amaran bahawa dia akan mencatat nama negara yang memberikan undi menyokong usul berkenaan.

Mesyuarat tergempar PBB diadakan malam ini dan disokong semua 14 negara anggota Majlis Keselamatan. AS menjadi satu-satunya negara yang membantah.


Usul itu menuntut semua negara mematuhi resolusi sedia ada mengenai Baitulmuqaddis - bertarik sejak 1967 - yang mewajibkan status bandar itu mesti diputuskan melalui rundingan langsung serta membabitkan Palestin.

"Biarkan mereka mengundi menentang kita.
"Kita akan jimat banyak. Kita tak peduli. Tetapi ini bukan seperti selalu apabila mereka mengundi menolak kita dan kamu tetap membayar mereka ratusah juta dolar.
"Kita tidak akan memberikan kelebihan kepada mereka lagi," kata Trump semalam.

Amaran itu dilihat terarah kepada sebahagian besar negara Afrika, Asia dan Amerika Latin yang biasanya akan mudah goyah dengan tekanan Washington.
Usul yang dibawa itu dirangka Mesir - sebuah negara yang menerima bantuan AS$1.2 bilion dari AS tahun lalu.

Hasil carian imej untuk masjid putrajaya palestin

Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment