Wednesday, December 13, 2017

Iktiraf B/Maqdis: Erdogan/Turki, Sepatutnya Jadi Contoh..


Kelantangan Erdogan jejas hubungan Turki, Israel


ISTANBUL: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berisiko mensabotaj hubungan dengan Israel apabila berulang kali mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi itu.
Ketika keputusan Presiden Donald Trump minggu lalu disambut dengan kecaman hampir sebulat suara terutama dari dunia Islam, Erdogan muncul sebagai pengkritik paling lantang.
Erdogan, yang menganggap dirinya sebagai penyokong tidak berbelah bahagi Palestin, akan mengadakan sidang kemuncak pemimpin Islam esok, yang didakwanya menandakan satu 'titik permulaan' terhadap tindak balas keputusan Washington.
Penyokong tradisi Palestin di Asia Barat seperti Arab Saudi dan Mesir mengutuk tindakan itu, namun tidak mengumumkan sebarang langkah konkrit sendiri.
Pemimpin Turki itu, yang berasal dari latar belakang konservatif Islam, kerap mengkritik Israel dan tidak menyembunyikan sokongannya terhadap pergerakan Hamas Palestin, yang disenarai sebagai organisasi pengganas oleh AS, Israel dan beberapa negara lain.
Bekas duta Kesatuan Eropah (EU) ke Turki yang juga sarjana pelawat di Carnegie Europe, Marc Pierini, berkata kenyataan Erdogan itu konsisten dengan suara pengikutnya di Turki.
Namun, kritikan Erdogan berlaku ketika Turki dan Israel berusaha memperbaiki hubungan sejak tahun lalu selepas hampir terputus susulan serbuan tentera Zionis ke atas kapal ke Gaza pada 2010, yang menyebabkan 10 aktivisnya maut.
"Melihat reaksi Israel terhadap kenyataan itu, tidak syak lagi ada risiko serius terhadap hubungan Turki dan Israel," kata Pierini.
Menurut felo kanan di Pusat Rafik Hariri Majlis Atlantik, Aaron Stein, Erdogan sudah memikirkan mengenai jadual pilihan raya November 2019, yang mana beliau dijangka bertanding penggal baharu presiden dengan kuasa eksekutif diluluskan dalam pungutan suara April lalu.
"Dengan mengambil pendirian tegas ke atas isu Baitulmaqdis, ia adalah sebahagian usaha meluas melabel dirinya sebagai pelindung Muslim tertindas di seluruh dunia.
"Kedua-dua pihak tidak suka antara satu sama lain, namun tidak merencatkan hubungan ekonomi.
"Saya fikir ini kemungkinan akan berterusan disebabkan percaturan politik Erdogan dan masalah politik serta perundangan dihadapi Netanyahu sendiri," katanya.
Pengerusi Pusat Ekonomi dan Dasar Luar berpusat di Istanbul serta sarjana pelawat di Carnegie Europe, Sinan Ulgen, percaya retorik Erdogan terhadap Baitulmaqdis menggambarkan perubahan dalam pendekatan dasar luar Turki sejak kewujudan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pada 2002.
"Secara tradisi, Turki berupaya dalam amalan diplomatiknya untuk mengasingkan diri daripada pertimbangan politik tempatan.
"Namun, ini berubah di bawah pentadbiran AKP supaya Turki mendapati dirinya berada dalam keadaan ekstrem, dengan kebanyakan keputusan dasar luar didorong percaturan domestik," katanya.
Beliau berkata, Erdogan percaya, ada sokongan umum di tanah air untuk menjustifikasi tindakan lebih agresif ke atas Israel, walaupun ia berisiko mencetuskan provokasi krisis diplomatik. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berita AFP di atas, adalah berita talibarut Israel. Mengapa?

Contohnya, lihat..
"Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berisiko mensabotaj hubungan dengan Israel apabila berulang kali mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Yahudi itu." Perkataan 'berisiko' di situ adalah kata ugut kepada pengecam-pengecam tindakan AS.

Mari lihat sikit mengenai Erdogan..
Recep Tayyip Erdoğan June 2015.jpg
Recep Tayyip Erdoğan
Penyandang
Tempoh jawatan 
28 Ogos 2014
Perdana MenteriAhmet Davutoğlu (2014-2016)
Binali Yıldırım (2016-kini)
Didahului olehAbdullah Gül

Tempoh jawatan
14 Mac 2003 – 28 Ogos 2014
PresidenAhmet Necdet Sezer
Abdullah Gül
Didahului olehAbdullah Gül
Diganti olehAhmet Davutoğlu

Tempoh jawatan
27 Mac 1994 – 6 November 1998
Didahului olehNurettin Sözen
Diganti olehAli Müfit Gürtuna

Lahir26 Februari 1954 (umur 63)
Turki IstanbulTurki
Parti politikParti Keadilan dan Pembangunan
PasanganEmine Gülbaran (1978–kini)
AgamaIslam
Tandatangan
Laman webLaman rasmi Presiden Turki
Laman Peribadi
Kehebatan dan keberanian beliau dalam mempertahnkan Islam amat terserlah, contohnya dalam banyak peristiwa, satu darinya adalah dalam 'Meninggalkan Forum Ekonomi Dunia di Davos.'

Pada Sabtu, 31 Januari 2009, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik di Gaza di DavosSwitzerland. Ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBBBan Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr MoussaRecep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel, Shimon Peres . Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post

Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit.
Ucapan Perez mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir. Antara ucapan Prerez ialah, 

“Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”

Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; 

“Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah. Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” Erdogan meninggalkan majlis itu. [1]

Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchevyang membaling kasut di PBB pada 1960. [2][3]
Rujukan:
  1.  PM Turki kecam Peres
  2. Panjat^ Erdogan pulang disanjung
  3. Panjat^ Erdogan's Davos Outburst Is Nothing New

Contohilah PM Turki Dalam Mempertahankan Gaza..
Recep Tayyip Erdogan, Prime Minister of Turkey, left, just before he leaves the stage in front of Shimon Peres, right, President of Israel and Swiss Klaus Schwab, founder and president of the World Economic Forum, WEF, during a plenary session on the Middle East Peace at the Annual Meeting of the World Economic Forum, WEF, in Davos, Switzerland, Thursday, Jan. 29, 2009. Turkish President Recep Tayyip Erdogan has later stalked off the stage at the World Economic Forum,  after verbally sparring over Gaza with Israeli President Shimon Peres.  (AP Photo/Keystone/Laurent Gillieron)
Israeli President Shimon Peres listens near the empty seat of Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan after Erdogan stormed out of a debate with  Peres about the Gaza war at the Davos forum on January 29, 2009.   AFP PHOTO FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)
Supporters of the ruling Justice and Development Party, or AKP, wave Turkish and Palestinian flags outside the Ataturk International Airport in Istanbul, Turkey, early Friday, Jan. 30, 2009, as they wait for the arrival of the Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, who they see as a hero for stalking out of a panel at the World Economic Forum in Davos, Switzerland, after indicting Israeli President Shimon Peres for Israel's offensive on Gaza. (AP Photo/Ibrahim Usta)

Dalam kes iktiraf Baitulmaqdis, sikap Presiden Turki Erdogan sepatutnya menjadi contoh kepada negara umat Islam atau negara yang cintakan kebebasan.

Tambahan Berita:


BANGI, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden letupan di terminal bas Port Authority berdekatan Times Square, Manhattan di New York. Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan, semalam.
“Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau situasi semasa dan akan memanjangkan maklumat terkini berkaitan insiden tersebut,” katanya.

4 comments:

  1. PAN pula mengiktiraf rejim DAP

    ReplyDelete
  2. Pas sokong Umno, Presiden Umno bantu Teram. Teram sokong Israil, Israel bantai umat islam. Ini semua wayang tinggi lagi poyo.
    Pegi Jahanam Amerika
    Pegi Jahanam israel
    Pegi Jahanam Arab Saudi
    Pegi Jahanam Umno
    Pegi Jahanam Pas
    Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete
  3. Komen 12:23 PM ditulis oleh khadam dedak poyo ternakan parti kafir harbi sedangkan pemimpin kafir harbi adalah penyokong rejim pengganas Isra-hell yang merayakan jubilee Isra-hell di negara umat Islam. Ini semua wayang puaka tinggi lagi poyo.

    ReplyDelete
  4. Presiden Erdogan adalah hero bagi umat Islam yang berani mengutuk rejim pengganas Amerika dan rejim pengganas Isra-hell secara terbuka. Kita umat Islam menyokong Presiden Erdogan dan pejuang Palestin.

    ReplyDelete