Thursday, December 14, 2017

Imam Ditahan Haramkan Wanita Bekerja


SEORANG imam di bandar Kumarkhali, barat Bangladesh, ditahan kerana mengeluarkan fatwa mengharamkan wanita bekerja di ladang.
Menurut polis, imam itu ditahan bersama lima pegawai masjid selepas mengumumkan fatwa berkenaan di masjid.
“Mereka membuat pengumuman itu selepas solat Jumaat, mengharamkan wanita keluar rumah.
“Mereka menggunakan pembesar suara untuk menyampaikan fatwa itu,” kata jurucakap polis, Abdul Khaleque.
Bangladesh adalah negara sekular namun ulama sangat berpengaruh, terutama di kawasan pedalaman.
Pengeluaran fatwa diharamkan di Bangladesh pada 2001 namun Mahkamah Agung negara itu pada 2011, memutuskan fatwa boleh dikeluarkan untuk perkara berkaitan agama dan peribadi jika tidak membabitkan hukuman secara fizikal.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi mengkritik keputusan mahkamah itu dengan mendakwa penduduk di kawasan pedalaman menggunakan fatwa untuk menjatuhkan hukuman bertentangan dengan undang-undang. (Stv)
Lihat sebelum ini..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails