Monday, December 18, 2017

Ini, Personaliti Terkenal Dunia Sokong Palestin. Di M'sia Ada?

video-cristiano-ronaldo-pes2016
Cristiano Ronaldo

RAMAI sudah tahu, bumi Palestin telah dijajah oleh negara haram Israel. Bumi Palestin tidak henti dengan das-das tembakan dan dihujani bom yang memusnahkan bandar serta rumah-rumah penduduk di negara itu oleh rejim Israel, dan kuncunya AS.

Bukan hanya merosakkan bangunan-bangunan, malah juga telah banyak meragut nyawa tidak kira wanita, orang tua mahupun kanak-kanak dan bayi. Peperangan yang bumi Palestin ini bukan hanya membuka mata umat Islam, malah segala jenis agama, bangsa dan negara. Bahkan pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai Ibu Negara Israel baru-baru ini merupakan sebahagian projek Israel Raya yang direncanakan Zionis sejak dari Perjanjian Balfour lagi untuk menjajah dunia.

Bagi selebriti terkenal dunia ini, walaupun mereka sudah cukup popular, namun perbezaan agama dan negara tidak menjadikan mereka untuk berpihak pada pada Israel yang tidak benar. 

Maka disenaraikan beberapa personaliti dunia yang menyokong perjuangan membebaskan negara Palestin yang merdeka.

1. Cristiano Ronaldo

Pemain bola sepak terkenal dunia ini langsung tidak pernah menyembunyikan yang dirinya menyokong penuh Palestin. Bahkan, dia sendiri banyak kali mengumumkan akan sokongannya itu pada umum. Pada tahun 2013, Ronaldo menolak pelawaan pemain bola Israel untuk menukar jersi dengannya kerana ini merupakan salah satu sokongannya pada Palestin. Ronaldo juga pernah mendermakan trofi Golden Boot Award miliknya kepada badan kebajikan Real Madrid yang mana kemudiannya dilelong untuk mengumpul dana pembinaan sekolah di Palestin.


2. Penelope Cruz

en_01198619_001111


Aktres Sepanyol ini pernah diugut dek kerana tindakannya yang menandatangani petisyen akan pembunuhan besar yang dilakukan oleh tentera Israel. Petisyen tersebut meminta agar adanya gencatan senjata dan dalam masa yang sama meminta European Union untuk menolak sekeras-kerasnya tindakan Israel pada Gaza. “Gaza hidup dalam ketakutan tetapi komuniti dunia tidak melakukan apa-apa bantuan,” katanya.



3. Lupe Fiasco 


arrives at the 55th Annual GRAMMY Awards at Staples Center on February 10, 2013 in Los Angeles, California.



Lupe Fiasco atau nama Islamnya, Wasalu Muhammad Jaco adalah bintang Hip-hop Amerika Syarikat. Dia sering menyuarakan sokongannya pada Palestin dalam lagu-lagunya. Fiasco turut pernah membawa bendera Palestin ketika naik ke pentas untuk membuat persembahan. Menerusi sebuah lagunya yang berjudul ‘Things I Never Said, dia turut menyatakan yang mana dia tidak mengundi Obama kerana presiden itu seorang yang menyokong Israel dalam diam.

4. Selena Gomez


selena-gomez-sundance-portrait-2016-billboard-650-a


Dua tahun lalu ketika berlakunya peperangan antara Palestin dan Israel, penyanyi kegemaran ramai ini telah memuat naik sekeping gambar di dalam Instagramnya yang menyokong Gaza. Sejurus itu Selena dihujani soalan media antarabangsa yang ingin mengetahui siapa yang Gomez sokong. Tidak seperti Rihanna dan artis lain, Gomez tidak memadam post tersebut sampai ke hari ini.

5. Rob Schneider

20-rob-schneider-w1200-h630



Ketika peperangan Palestin dan Israel tahun 2014, pelakon dan pelawak ini telah menulis satu tweet di dalam Twitter miliknya.
“The ugly inhuman siege of Gaza has had it’s deadliest day today.”
“To not be outraged at the killing of children is to risk your very soul. #Gaza.”
Itu di luar negara, di Malaysia ada? Mana? (IH) 

Lihat sebelum ini..

8 comments:

Anonymous said...

Di Malaysia yang ada ialah pemimpin PAS menyokong Lanun Bugis dalam merompak dan mencuri harta rakyat dan negara. Di Baitul Muqadis Israel merompak tanah dan harta rakyat Palestin.Macam serupa saja.

Anonymous said...

Barua dedak 8:47 pm ternakan parti ultra kiasu roket dibayar dedak cap roket untuk memfitnah dan memburuk-burukkan ulama Islam dan parti Islam. Ini jelas membuktikan bahawa parti roket berada dalam ketakutan kerana umat Islam mula menyedari sikap anti-Islam yang diamalkan oleh parti roket. Akibatnya umat Islam akan menyokong ulama Islam dan parti Islam dalam PRU14. Sayonara parti perkauman roket!

Anonymous said...

Woi macai kafir harbi, nampaknya kamu begitu terdesak memfitnah parti Islam. Kita amat berminat tentang banglo terlajak murah. Ceritalah tentang bos kamu yang keluar masuk mahkamah. Janganlah malu nak cerita tentanf kudis dan pekung bos kamu.

Anonymous said...

Nampaknya kumpulan jilat juboq tak basuh lge terus taat berwirid 'kerjasama UMNO-PAS' ciptaan DAP sejak lepas muktamar dulu sampai sekarang.

Mereka-reka fitnah memburkkan parti Islam, dan mengagungkan parti dan kumpulan bukan Islam itu.

Ittaqullah, wahai saudaraku.

Anonymous said...

Sekali dpt dedak...melayang terus lobai di kepala..AMANAT sendiri pun sanggup langgar
ha5...lobai..lobai

Anonymous said...

itu di luar negara...di Malaysia ada?
ADAAA! Macam-macam ada, yang paling ramai jenis mendungu pasal politik. itupun sekadar menyalak tak sudah.

Anonymous said...

Sekali dapat dedak Israel dan Amerika, NGO dan parti politik liberal dan kafir harbi terus menghina dan memfitnah ulama Islam dan parti Islam .... Perlembagaan Persektuan pun sanggup puak liberal dan kafir harbi langgar kerana puak sesat ini memusuhi agama Islam akibat dedak cap bintang Zionis. Bodoh bertingkat !

Anonymous said...

Mengapa pemimpin parti ultra kiasu berdiam diri tidak mengutuk Israel? Jawapan: Sebab Israel kepala bapak puak ultra kiasu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails