Wednesday, December 20, 2017

Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar




KOTA BHARU – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan pengamatan pihaknya, bekas Perdana Menteri itu akan melakukan apa sahaja sebagaimana pendirian terbaharu beliau yang bersungguh-sungguh menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
Katanya, semua sedia maklum, Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memasukkan Anwar ke dalam penjara dengan menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perbuatan menjijikkan sebelum ini.
“Semua ini politik terdesak yang ditunjukkan Dr. Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu buat apa lagi untuk mendapatkan sokongan.
“Berdasarkan pengalaman kita, Dr. Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar.
“Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Dr. Mahathir ini,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum di Lundang di sini malam tadi.
Hasil carian imej untuk tun mahathir
Hasil carian imej untuk anwar
Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.
Dr. Mahathir membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dengan meng­anggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera. – Utusan




Lihat sebelum ini..

14 comments:

Anonymous said...

Err... cakap pasa diri sendiri ke?

Anonymous said...

Pakatan Haprak dan Beban Negara sedang panik kerana rakyat sudah hilang kepercayaan kepada mereka berdasarkan pelbagai skandal yang telah berlaku, sikap anti-Islam mereka dan penderitaan rakyat sejak mereka berkuasa. Rakyat akan menolak mereka dalam PRU14. Peluang cerah untuk parti Islam membentuk kerajaan campuran.

Anonymous said...

Pakatan dan Barisan adalah seperti orang yang panik sedang kelemasan dalam sungai sanggup berpaut pada ranting yang rapuh untuk surival mereka. Selepas rakyat akan menonton pelbagai wayang mereka.

Anonymous said...

Pembetulan: Rakyat akan menonton pelbagai wayang pakatan dan barisan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Anonymous said...

sekarang jarang2 dengar PAS cerita pasal 1mdb, felda, MARA ,rasuah dan yg sewaktu dgn nya. Asyik2 DAP, Amanah , Harapan , DAP, Amanah...sedih lah aku. Aku ahli seumur hidup PAS cawangan shah alam tahun 1998. Semenjak TGNA takde ni, aku terasa sangat kehilangan dia..Sekarang teramatlah lain..

Anonymous said...

Ya Allah , kau buangkan lah kehadiran dunia materialistic di hati pemimpin2 PAS kami yg ada sekarang ini. Dan kembali lah kami kepada jalan yang lurus , Ya Allah..Aamiin...

matakanan said...

Ya jom ramai ramai sokong pas.......
dikatakan DAP yang pemimpinnya akan jadi Perdana Menteri,,,,
hahahahahahahahahahahaaaaa
BUTA pelembangan>>>>>>>
Rata rata Rakyat dalam kesusahan memghadapi kehidupan harian.
PAS nampak sangat asik buruk burukkan orang lain.
PKR,Amanah,Dap Berusaha membaiki Keadaan suasana kehidupan Rakyat.
Umon/BN dari hari ke hari tekan ekonomi rakyat.
Rakyat malaysia hidup makin susah kerana pemimpin>>>>BN

matakanan said...
This comment has been removed by the author.
matakanan said...

pembetulan>>>BUTA Perlembagaan Negara>>>>

Anonymous said...

Kamu ahli parti roket seumur hidup dedak cap roket .

Anonymous said...

RUU355 bagiamana pula Tuan,takkan dah kecut telur akibat disergah Lanun Bugis dan Bomoh Mah. Ataupun akibat takut dengan Lim Kiat Siang dan hantu Kapal Singh. kah...kah...kah.....

Anonymous said...

Musuh PAS srg bukan lagi UMNO. Bila wang dan pangkat mengatasi ugama.

Anonymous said...

Zaman TGNA , non-muslim tertarik dgn akhlak orang Islam
Zaman sekarang , non-muslim di kafir harbi kan...adakah itu ajaran Islam yg sebenarnya??
Allah suruh kita dakwah depa utk masuk Islam..bukan menjauhkan Islam!!
Apa kita nak jawab depan tuhan esok???
Aleh2 kata depa halang RUU355..tapi kenapa DAP sahaja...mana pergi MCA,MIC dan umno yg dok tangguh2 berkali2??
Apa yang kita gila2 sangat nak ambik hati si najib niii??? Bila kita kata ada udang sebalik mee, meroyan pulak..tapi lakunan dah dibuat macam tu..camne??
Wallahua'lam...

Anonymous said...

Musuh islam kepanasan dengan wayang sendiri islam akan terus bersinar.kami umat islam ditekan dng berbagai tekanan oleh puak sekuler libral dan pakatan dajal.umat islam bangun bersatu beramallah dengan agama islam non muslim hormatilah islam sebagaimana kami menghormati kamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails