ALOR SETAR 3 Dis. - Seakan-akan tidak berpenghujung, pergolakan yang berlaku dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berlarutan apabila salah seorang daripada Exco Srikandinya, Zuraini Kamal hari ini mengumumkan perletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti.
Beliau yang juga Ketua Srikandi Kuala Kedah berkata, tindakan itu dibuat ekoran terlalu banyak isu dan polemik yang gagal diuruskan dengan baik selain tidak ditangani secara serius oleh pucuk pimpinan.
Selain Zuraini, tindakannya itu turut disusuli oleh empat lagi individu iaitu dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat (Ketua Srikandi PPBM Pendang) dan Rukiza Abu Bakar (Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena) serta dua AJK Srikandi Bahagian Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad.
“Antara isu yang gagal ditangani adalah budaya fitnah dan tidak boleh ditegur. Terus terang saya katakan, ada ramai individu yang diketepikan atau ditukar jawatannya kerana kononnya ada salah laku namun malangnya orang berkenaan tidak diberi peluang untuk membela diri.
“Kalau cuba memberi pandangan, nanti akan adalah orang tertentu yang dipecat di peringkat bahagian dengan berselindung di sebalik perkataan ‘rombakan’. Sehinggakan pada satu ketika, terdapat dua individu berada di kedudukan sama dan itu sudah tentu membawa perpecahan di peringkat bahagian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambahnya, perkara itu pernah beberapa kali disuarakan kepada kepemimpinan parti termasuk di peringkat tertinggi namun tidak langsung dipedulikan.
“Keputusan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Selepas ini sudah tentu ada yang akan menggelarkan kami sebagai pengkhianat dan pemakan dedak tetapi kami berpegang kepada prinsip berani kerana benar.
“Bukan semua benda boleh dibeli. Untuk pengetahuan, ramai dalam kalangan rakan-rakan seperjuangan yang telah meletak jawatan dan meninggalkan parti namun mereka tidak mahu untuk mendedahkannya secara terbuka atas sebab-sebab tertentu termasuk bimbang dilabelkan dengan gelaran bukan-bukan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
8 comments:
Semua umat Islam perlu keluar dari parti liberal Berpecah-Belah sebab puak liberal ini menentang Islam dan menafikan hak umat Islam. Bahkan ketua mereka ialah MahaFiraun yang mempunyai tangan berlumuran dengan darah ulama Islam dan orang kampung yang tidak bersalah. Ketua pemuda pula menghalalkan zina dengan syarat menggunakan kondom. Maka tidak hairanlah jika ramai pemimpin keluar dari parti liberal ternakan sifu kafir harbi ini.
jangan sembang parti orang jaga parti mu sendiri.. parti mu juga ada yg keluar, tak ulaspun
Kita merasa sangat gembira melihat musang liberal berbulu ayam keluar dari parti Islam dan menjadi barua dedak ternakan sifu roket yang menentang Islam. Semoga musang-musang liberal menjadi beban kepada parti rasis ultra kiasu dalam PRU 14. Nampaknya musang liberal sibuk sembang membela LGBT dan puak ateis dan menentang Islam. Maka tidak hairanlah musang liberal dan tuan roket mereka dibenci oleh umat Islam.
tukar jawatan banyak makna kalau setakat jawatan dalam parti pasti melalui mesyuarat tuproses demokrasi namanya kalau tukar dalam kerajaan itu tak betul sebab bn yang jadi kerajaan di sana.
Saudara Mohd Shahran, saya memahami fikiran tuan, namun biarkanlah mereka. Semoga mereka bahagia dengan cara itu. Sudah menjadi lumrah alam perkara seumpama ini. Marilah kita teruskan perjuangan, sahabatku. Gantungkan persoalan akhir perkara ini kepada Allah SWT. Insya-Allah Pakatan Harapan memperoleh kemenangan.
Wah macai dedak 8:53am ternakan Pakatan Tiada Harapan tidak malu dan tidak segan menyalah-gunakan perkataan 'Insya-Allah' untuk kemenangan pakatan sesat pemimpin liberal dan kafir harbi yang selama ini menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan mencegah kebaikan dan mempromosi kemungkaran dan kesesatan seperti LGBT, ateisme dan agenda evangelis, liberalisme dan feminisme yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dasar munafik lidak biawak bodoh bertingkat.
Allah SWT tahu segala-galanya. Insya-Allah perjuangan Pakatan Harapan mendapat kemenangan. Amin, ya Allah.
Kah Kah Kah....... Jgn mempergunakan perkataan insya'Allah hanya utk menyucikan perjuangan yg penuh dgn najis maksiat dan noda! Wahai Pakatan Haprak! Ini baru dikatakan mempergunakan agama utk menyucikan politik taik yg diterajui oleh DAP dan disokong oleh barua2nya!
Post a Comment