Friday, December 01, 2017

Kami Menunggu Perubahan Politik Negara Pimpinn PAS.. -Ibnu Hasyim.




MARANG: PAS tidak bersendirian di mana masih lagi berpakat dengan parti-parti lain dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi menghadapi PRU14, demikian diakui, Naib Presiden PAS, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, PAS masih lagi berpakat dan tidak bersendirian dalam menghadapi Umno-BN di mana ianya berlaku dalam Blok Ketiga Gagasan Sejahtera sahaja, bukan dengan Pakatan Harapan.

Menurutnya, meskipun pakatan blok ketiga itu hanya melibatkan parti-parti kecil dan NGO, namun jika bersatu dengan baik akan membawa perubahan besar dalam politik negara.

"Sebenarnya kita (PAS) berpakat juga untuk menghadapi PRU14 tetapi tidak berpakat dengan DAP. Kita tidak berpakat dengan PKR, PAN dan Bersatu. Cuma kita berpakat dengan saing-saing kita sendiri melalui Blok Ketiga iaitu Gagasan Sejahtera. 

"Kita (PAS) ada berpakat dengan parti-parti kecil, ada dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Walaupun dengan parti kecil jika dapat duduk sekali (bersepakat) molek ramai-ramai. Kita yakin dengan izin Allah S.W.T, kita boleh membuat kejutan dalam PRU14 akan datang. 

"Cuma sekarang ini kita (PAS) tidak boleh berpakat dengan DAP, PKR, Bersatu dan PAN dalam Pakatan Harapan sebab, mereka itu menghalang cita-cita perjuangan kita. Menyekat cita-cita kita untuk menegakkan Islam.

"Kita ambil pendirian dan pendekatan baharu dengan blok ketiga Gagasan Sejahtera. Kita yakin dengan pendekatan kita ini, insya-Allah akan membawa perubahan besar dalam politik negara," tegasnya. 

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Perdana di Pekan Wakaf Tapai anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan, Marang semalam.
Dato' Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tohmahan fitnah terhadap PAS dan kepimpinan parti itu.

Katanya, ada kecenderungan pihak parti pembangkang dari Pakatan Harapan mahu menyalahkan PAS bagi menutup kelemahan parti sendiri.

"Sekarang ini ada kecenderungan untuk menyalahkan PAS dengan tidak mahu mengakui kelemahan parti-parti dalam Pakatan Harapan. 

"Mengundi dalam parlimen baru ini isu Bajet Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga marahkan PAS kerana berkecuali. Sedangkan Ahli Parlimen PH yang seramai 26 orang tidak hadir dia tidak persalahkan. Dua orang Ahli Parlimen PAS yang berkecuali itu dipersalahkan kerana kalah undi di Parlimen. 

"Mereka mahu menutup kelemahan PH dengan menyalahkan PAS. Begitu juga dengan PAN yang sering kali menyalahkan PAS, memperlekehkan PAS dan menyerang pimpinan PAS," ujarnya. - HARAKAHDAILY 30/11/2017

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami menunggu dan menyongsong kedatangan perubahan politik yang dibawa oleh PAS. Dari gelap menuju terang, bak fajar menyinsing di waktu pagi.  Allahu Akbar!


Lihat sebelum ini..

9 comments:

Anonymous said...

Aminnn....

Anonymous said...

aku juga sokong. amin!

Unknown said...

Ahli parlimen yg x hdr x dipersalahkAn sebab bersangka baik terhadap mereka ade urusan yg x dpt dielakkan .. ini termasuk tn presiden dan beberapa kerat wakil pas... tapi kalu dah hadir tapi nak berkecuali, apa rasional? PAS byk menyalahkan org sebab kelemahan diri yg makin buruk

Prof said...

Amin.

Prof said...

Amin.

Quantum Metal Consultant said...

Aamiin tu doa dan harapan atas niat baik seseorang, pemimpin atau parti.

Tetapi realiti untuk mencapainya kena ikut aturan..
Lapar..makan..tetapi makanan kena disuapkan oleh tangan.

Untuk dipandang tinggi, PAS mesti tunjuk lebih hebat dari yang lain, bukan ikut, bukan duruhan tetapi leads...

Untuk leads, jangan asyik menyalahkan pihak lain, jangan ambik hak Allah, hukum dan label orang sana sini..

Lebih penting jangan bermusuh dengan musuh, jangan hasad dengan AMANAH..

Kalau ini boleh buat baru lah PAS ada class...kalau tidak, ia sama haprak dengan yang lain.

Contohi Radulullah, buat baik pada musuh, itulah dakwah dan kemenangan sebenar.

Wallahua'alam

Anonymous said...

Semoga Allah memberi kemenangan kepada ulama Islam dan parti Islam dalam PRU14 supaya jemaah Islam boleh membentuk kerajaan Islam yang membela hak agama Islam, umat Islam dan rakyat. Amin.

Anonymous said...

Hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah. Ini bererti semua agama lain dan ideologi buatan manusia seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme , atheisme dll adalah sesat dan ditolak oleh agama Islam. Hanya puak munafik dan kafir yang menyokong ajaran sesat dan menentang Allah dan RasulNya. Kumpulan manusia sesat ini adalah seperti haiwan ternakan. Bahkan puak ini lebih buruk, jahat dan sesat lagi.

Unknown said...

Pas sentiasa berbaik dgn semua,tp mereka yg selalu mereka fitnah... Nak baik camna

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails