Monday, December 25, 2017

Kereta Kebal Pertama Wanita Israel Macam 'Inong Balee' Aceh?



TEL AVIV – Demi pertahan kesucian Baitulmaqdis daripada jatuh ke tangan umat Islam, Israel mula melancarkan pasukan kereta kebal gempur pertama yang dikendalikan sepenuhnya askar wanita.

Media Israel melaporkan, kejayaan pembentukan kumpulan sulung penggempur berkenaan sekali gus melonjakkan martabat wanita tempatan setanding tentera lelaki yang terkenal dengan kebiadaban menghadapi pejuang Palestin.


Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilaporkan mewujudkan program latihan operator kereta kebal untuk sejumlah askar wanita terpilih malahan bakal dihantar untuk operasi di sempadan wilayah selatan negara haram Yahudi itu.
“Mereka akan menjalani tempoh percubaan selama empat bulan. Kita berdiri atas sejarah. Untuk pertama kalinya, pingat operator kereta kebal akan disematkan di pakaian seragam tentera wanita IDF,” kata Kolonel Moran Omer.
Ketua Kor Latihan Pasukan itu dipetik akhbar Times of Israel semalam memaklumkan bahawa, untuk kumpulan pertama asalnya mengandungi 15 askar wanita yang mengikuti program tempur medan tetapi dua disahkan gagal.
Ini bermakna hanya berbaki 13 anggota sebelum mereka dikerah menyertai latihan intensif sejak awal Mac lalu dalam program cukup panjang dan rapi bagi dipindahkan ke markas pasukan armor Shizafon di wilayah Negev.
Di situ, mereka dilatih untuk mengoperasikan kereta kebal penyerang model Merkava Mark 3 seberat 65 tan sebuah yang mampu memecut pada kelajuan maksimum 60 kilometer sejam dan diperkenalkan pihak IDF sejak 1989.

Sejumlah 780 buah model ini pernah digunakan IDF untuk menghancurkan ramai pejuang Palestin ketika gerakan kebangkitan Intifada kali kedua dari tahun 2000 hingga 2005, Perang Lubnan 2006 dan konflik Gaza pada 2014.
Selama beberapa bulan ke hadapan, pasukan khas askar wanita ini akan ditugaskan di perbatasan selatan Israel bergabung dengan Divisyen ke-80 angkatan darat serta bertanggung jawab atas gurun Negev dan Arava selatan.
Pasukan kereta kebal tempur wanita ini menjadi contoh termaju yang bakal dikembangkan lagi untuk memberi kesempatan luas kepada golongan Hawa di Israel berperanan besar dalam IDF termasuk misi ketenteraaan medan.
Model Merkava Mark 3 cukup digeruni tentera luar negara kerana dengan kos 10 juta shekel (RM12 juta) sebuah, ia berjaya menumpaskan pejuang Palestin yang lazimnya hanya bersenjatakan lastik batu kecil atau senjata ringan.
Untuk rekod, selama lima tahun terakhir, trend tentera wanita di negara haram Zionis itu terus meningkat hingga lima kali ganda dan ia dijangka popular selepas Baitulmaqdis diiktiraf Amerika Syarikat sebagai ibu kota Israel.
Pada 2012 lalu, hanya ada 547 askar wanita dalam IDF, namun sepanjang tahun ini jumlah tersebut meningkat menjadi sekitar 2,700 orang; sekali gus mengangkat imej wanita moden Yahudi mengatasi komuniti Arab Islam.
Namun ada turut kritik terhadap program itu yang dikecam sebagai bentuk eksperimen sosial berbahaya. Program perintis IDF tersebut akan berakhir dan dinilai semula pada Mac 2018 depan. – Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim

Dalam sejarah perjuangan Islam di nusantara, kita tidak boleh lupa, zaman kegemilangan Aceh yang telah pula melahirkan wanita-wanita perkasa mujahidah. Misalnya Laksamana Keumalahayati yang memimpin laskar Inong Bale (laskar janda) di zaman Sultan Riayat Alaudin Sjah IV(1589-1604) untuk mengusir angkatan laut Belanda di bawah pimpinan Cornelis de Houtman, (1506-1599). 

Di masa pemerintahan Sultan Riayat Alaudin Sjah V (1604-1607) dibentuk Suke Kaway Istana (Resimen Pengawal Istana) yang terdiri dari Si Pai’ Inong (prajurit perempuan) di bawah pimpinan Laksamana Meurah Ganti dan Laksamana Muda Cut Meurah Inseuen.  Kedua laksamana perempuan itu berjasa membebaskan Iskandar Muda dari tahanan Sultan Riayat Sjah V.

Di zaman Sultan Iskandar Muda, tradisi prajurit pengawal istana perempuan masih dilanjutkan, dan di antara Divisi Pengawal itu yang paling terkenal adalah Divisi Keumala Cahya. Perempuan Aceh telah menjabat sebagai Uleebalang (kepala pemerintahan daerah), seperti Cut Asiah, Pocut Meuligoe, dan Cut Nya’ Keureuto. 

Pada era Aceh berperang melawan Belanda, terdapat seorang panglima perang perempuansekaligus alim yang lahir di Lam Diran pada tahun 1856 bernama Tengku Fakinah. Tradisi panglima perempuan di medan perang mewarisi ke generasi Tjut Nyak Dhien, Pocut Baren, Cut Meutia, Pocut Biheu, dan Cutpo Fatimah.

Begitu juga tentang kehebatan perempuan Aceh lainnya yang jarang disebut-sebut dalam sejarah Aceh, seperti Darwati Putroe Jeumpa yang merupakan penakluk Kerajaan Jawa-Hindu Majapahit, kemudian sejarah kegemilangan Putroe Jeumpa lainnya seperti Dewi Manyang Seuludongau ada yang menyebutnya dengan sebutan Dewi Ratna Keumala yang akhirnya menjadi Maha Ratu Islam Pertama di Nusantara. Begitulah sejarahnya.


Laksamana Wanita Pertama Asia.
Membunuh Cornelis de Houtman dalam pertarungan satu lawan satu di atas geladak kapal.

Pemimpin Pasukan Inong Balee Malahayati dicatat sebagai laksamana perempuan pertama di Asia kerana keberaniannya menyerang kapal serta benteng-benteng Belanda. Dia pula yang membunuh Cornelis de Houtman (orang Belanda yang pertama tiba di Indonesia) dalam pertarungan satu lawan satu di atas geladak kapal tahun 1599. 

Di bawah pimpinannya, Inong Balee menjadi pasukan andalan di tanah Aceh. 

Untuk menghargai kepahlawanan Malahayati, Pemerintah Republik Indonesia mengeluarkan Skep/1487/XI/1977 mengabadikan namanya di kapal TNI AL dengan nomor lambung 362, yang dibantah kerajaan Australia. 

Departemen Pendidikan Nasional (Depdiknas) juga mencatatkan Benteng Inong Balee dalam Daftar Inventaris Benda Cagar Budaya Tidak Bergerak dan Situs dengan nomor registrasi 2/01-06/C/56.

Hingga kini, masih ada sisa-sisa bangunan benteng ini. Tepatnya terletak di Desa Lamreh, Kecamatan Mesjid Raya, Kabupaten Aceh Besar atau sekitar 34.5 kilometer dari Kota Banda Aceh. 

Hasil carian imej untuk benten inong balee

Hasil carian imej untuk benten inong balee

Hasil carian imej untuk benten inong balee

 Benteng Inong Belee

Di mana rahsia kekuatan muslimat Aceh?

Menurut Menurut HC Zentgraaff, seorang Belanda, kopral marsose veteran Perang Aceh, dalam bukunya berjudul “De Atjeh” yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, berbunyi..

“Wanita Aceh melebihi kaum wanita bangsa-bangsa lainnya dalam keberanian dan tidak gentar mati bahkan merekapun melampaui kaum lelaki. 

Bukan sebagai wanita yang lemah dalam mempertahankan cita-cita dan agama mereka, menerima hak asasi di medan juang dan melahirkan anak-anak mereka diantara dua serbuan penyergapan. 

Mereka berjuang bersama-sama suaminya, kadang-kadang di sampingnya atau di depannya dan dalam tangannya yang mungil itu kelewang dan rencong menjadi senjata yang berbahaya. 

Wanita Aceh berperang di jalan Allah, mereka menolak segala macam kompromi.”

Demikian, kekaguman HC Zentgraaff dalam bukunya “De Atjeh”. 

Sebenarnya 'Berjuang  dijalan Allah', itulah asas kekuatan perjuangan wanita Islam Aceh. Wanita yang ditinggalkan suami atau menjadi janda, sehingga terungkaplah kekaguman seperti yang disebutkan.

'Berjuang  dijalan Allah', bukan sahaja dapat dinikmati olah wanita Aceh sahaja, bahkan oleh setiap mujahidin dan mujahidat di seluruh muka bumi. Allahu Akbar!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

1 comment:

Anonymous said...

Kereta kebal merkava ini adalah sebahagian dari propaganda IsraHell untuk menipu dan menakut-nakutkan musuh Israel seperti pejuang Islam Hamas dll.

Fakta sejarah telah menunjukkan beratus kereta kebal merkava telah berjaya dirosakkan atau dimusnahkan oleh pejuang Islam dalam pelbagai konflik dari Gaza hingga ke Lebanon.

Sebenarnya pengganas-pengganas Yahudi Zionis pernah kalah dalam pelbagai pertempuran dan melarikan diri ke IsraHell. Untuk menutup malu, dikatakan pengunduran taktikal. Memang Yahudi Zionis pengecut tahap longkang.

Banyak juga jet pejuang IsraHell ditembak jatuh. Media Zionis pula mencipta cerita dongeng konon IstaHell menang.


Kita mestilah menyedari bahawa rejim pengganas IsraHell adalah pendusta yang pandai menipu orang jahil.

Yang benar

Sunray

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails