KUALA LUMPUR – Entah mengapa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah disisihkan oleh Pakatan Harapan sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pembangkang.
Jika dulu Anwar dianggap sebagai `de facto’ pakatan pembangkang, kini cerita-cerita tentang susuk Anwar dan reformasinya kurang dicanang oleh Pakatan Harapan.
Jarang-jarang juga ayat reformasi terkeluar daripada mulut pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini.
Tinggal ahli keluarga Anwar yang masih terus berkata-kata mengenainya.
Mungkin kerana itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang agak pedas dalam satu majlis pembangkang.
Beliau di hadapan penyokong Pakatan Harapan secara terbuka membidas mereka kerana beranggapan masa untuk Anwar dalam arena politik telah berakhir.
Wan Aizah yang juga Presiden PKR mempertahankan suaminya masih relevan dan minta jangan ada penyokong Pakatan Harapan berkata masa untuk Anwar telah tamat.
“Anwar masih relevan walau tidak bersama kita. Kalau fikirkan antara Mahathir dengan Anwar.. `time over’ apa?” katanya mempertahankan Anwar dengan membandingkannya dengan Mahathir yang dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan.
Rakaman video ucapan beliau itu disiarkan di internet.
Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas keluar daripada UMNO gara-gara kecewa tidak dapat menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri berusia 92 tahun itu kemudian diberi `fast track’ menjadi Pengerusi Pakatan Harapan oleh pimpinan tertinggi pembangkang walaupun keputusan itu tidak digemari ahli keluarga Anwar.
Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh seterusnya mengambil kesempatan membidas PAS dengan berkata, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, tetapi Pakatan Harapan ada Parti Amanah Negara (PAN)
Katanya, beliau pernah ditanya wartawan akhbar Cina adakah tiada golongan Islamik dalam Pakatan Harapan selepas ketiadaan PAS dan beliau menjawab, Islam yang progresif dan mempunyai visi kini bersama Pakatan Harapan.
Beliau berkata, PAN adalah sudut Islam progresif dalam PAS yang meninggalkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan kerana mahu terus bekerjasama dengan PKR.
“Saya kata Islam progresif dan ada visi bersama kita. Saya juga nak ingatkan bahawa PAN adalah mereka yang ikut Tok Guru Nik Abdul Aziz,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian Wan Azizah, Anwar dikatakan diisisih, dianggap “Time-Out”. Itulah politik PH? Tiada kuasa tertinggi, akan tersungkur.
Berlaku pertarungan rebut kuasa antara Wan Azizah/Azmin/Anwar.. Tun M/Mukhriz.. Kit Siang/Guan Eng..
2 comments:
Pemimpin perempuan Parti Kencing Rakyat pun pandai kencing rakyat dengan membuat dakwaan konon dalam Pakatan Haprak wujud parti 'Islam'.
Parti PANdir bukan parti 'Islam' sebab parti tersebut menganut ajaran 'Islam' Liberal yang mempromosi dan membela kemungkaran seperti LGBT dll dan kesesatan seperti feminisme, liberalisme, pluralisme, sekularisme, atheisme dll yang menolak dan menentang ajaran Islam.
Bahkan siang dan malam pemimpin PANdir diupah dedak cap roket untuk menjadi khadam kepada pemimpin-pemimpin parti kafir harbi roket yang memusuhi agama Islam dan umat Islam.
Al-Qur'an memberitahu kita hanya ISLAM yang diredhai oleh Allah.
Islam liberal tidak wujud dalam Al-Qur'an. Islam liberal hanya wujud dalam minda kepala bapak Yahudi Zionis yang amat memusuhi Islam dan umat Islam.
Maka kita tidak merasa hairan melihat parti Islam tulen PAS keluar dari gabungan parti liberal dan parti kafir harbi yang memusuhi Islam.
Perpecahan dalam Pakatan Hantu menjadi semakin jelas kerana pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri mahu menjadi pemimpin Pakatan Hantu.
Pemimpin-pemimpin kafir harbi roket pula tersenyum sinis melihat kebodohan sebilangan pemimpin Melayu bergaduh kerana tergila-gilakan jawatan ketua sedangkan mereka semua adalah boneka pemimpin kafir harbi roket. Bodoh bertingkat!
Bayangkan apa akan berlaku jika mereks memenangi PRU.
Post a Comment