Saturday, December 23, 2017

Kisah 'Anakku Sazali' Dalam Dunia Pendidikan..

Pengajaran Kisah Anakku Sazali Dalam Pendidikan
HALAMAN HIBURAN


Pengajaran kisah Anakku Sazali.
Sebelum P. Ramlee pergi meninggalkan kita, rupanya dia telah tinggalkan pesanan dan kisah tauladan buat generasi kita menerusi filem yang telah beliau hasilkan, iaitu Filem Anakku Sazali.
Sazali merupakan anak tunggal kepada Hassan, kepercayaan Hasan kepada Sazali sangat tinggi, beliau juga menyayangi Sazali lebih dari segalanya. Apa yang Sazali mahukan semua akan dituruti.
Sazali merupakan ketua gengstar, mempunyai pengikut yang ramai di singapura. Pelbagai jenayah yang sazali buat, merompak, memeras ugut dan juga merogol.
Sazali juga telah mencabul kehormatan Rokiah, anak Bapa Saudaranya, namun tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahannya. Di bawah ini merupakan dialog yang cukup popular sehingga ke hari ini.
Apa pengajaran dari kisah Anakku Sazali ini? Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita ambil, secara ringkasnya adalah:
  • Didikan anak bukanlah dengan memberikan harta benda semata-mata.
  • Sayang anak bukanlah memenuhi segala permintaan.
  • Anak kita mungkin baik di depan kita, namun berkelakuan berbeza di belakang kita.
  • Didikan yang baik adalah bermula dari rumah.
  • Awasi pergaulan anak, kenali dengan siapa dia berkawan, apa yang mereka buat, kemana mereka pergi.
  • Perkara yang paling penting adalah didikan agama, ada agama InsyaAllah apa yang baik dan buruk dapat dibezakan, yang mana pahala, yang mana dosa dapat dielakkan.
  • Ingat melentur buluh biarlah dari rebungnya, bukan bila dah besar panjang baru nak bagi penampar, bagi rotan, ketika itu hati sudah keras, jiwa sudah bernafsu.
Ini pula versi kelate, untuk selingan kita yang tengah stress..
Cerita sebegini budak-budak sekarang bukan suka tengok, jadi kalau ada masa, boleh tayang sikit sedutan dari filem ini. Kemudian terangkan pengajaran dan tauladan yang boleh diambil.
(https://www.pendidik2u.my)

Lihat sebelum ini..


2 comments:

Anonymous said...

Sistem pendidikan kerajaan sekular sedang melahirkan ramai 'Anak ku Sazali'. Nama Allah dan ajaran Islam tidak wujud dalam buku teks sekolah kecuali buku pendidikan Islam. Sepatutnya ajaran Islam diserapkan ke dalam pendidikan murid supaya mereka berakhlak mulia.

Guru tidak boleh memarahi atau merotan murid yang melakukan kesalahan serius. Konon boleh mengganggu hak asasi dan mental murid. Konon tidak sesuai dengan pendekatan psikologi ciptaan Yahudi bernama Freud (fraud?). Malangnya sebilangan ahli psikologi sendiri membunuh diri kerana kegagalan ilmu psikologi itu sendiri.

Ibubapa liberal sekular yang dikencing oleh anak mereka sendiri sibuk mahu menyerang dan menyaman guru kononnya guru telah mencabul hak asasi anak mereka. Mereka mahu anak mereka dilayan seperti raja.

Anak-anak pula berlagak sombong sibuk mencabar, memfitnah dan menghina guru, mencalar kereta guru, menikam tayar kereta guru dengan paku atau skru, pisau bahkan mereka berani menyerang dan memukul guru atau membakar kereta guru.

Ibubapa pula diperbodohkan oleh anak-anak mereka sendiri yang berlagak 'suci' depan ibubapa pijak semut pun tak mati. Maka ibubapa percaya dengan wayang anak mereka yang dianggap 'suci' (walaupun anak meteks berkawan dengan jin ifrit, budak dadah, mat rempit, budak gangster dll ).

Bayangkan apa akan berlaku dalam masa 10, 50, 100 tahun lagi !

Jika kita mahu anak-anak kita selamat di dunia dan akhirat, pastikan sistem pendidikan menerima pakai ajaran Islam bukan setakat buat falsafah pendidikan sahaja.

Anonymous said...

Pembetulan: bukan meteks tetapi mereka.

Persoalan: Jika pemimpin berjalan seperti ketam, rakyat juga berjalan seperti ketam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails