TERJUNAN emas Jun Hoong ketika meraih kejuaraan dalam acara 10m platform pada Kejohanan Dunia 2017 di Budapest, Hungary Julai lalu.
“Apa yang saya tahu jurulatih (Zhuliang) adalah seorang yang bagus dan berpengalaman. Apa yang telah berlaku sampai sekarang saya masih sakit hati sebab beliau sudah tidak meneruskan kontrak (sebagai ketua jurulatih).
“Jadi, saya masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara ini, tetapi jika keputusan akhir telah dibuat, saya harus menerimanya.
“Saya tidak fikir (dakwaan mewujudkan budaya dan persekitaran ketakutan) adalah kenyataan benar. Apa yang saya tahu jurulatih tidak buat seperti itu selama ini, tidak kira dalam apa situasi pun, tetapi saya tidak boleh cakap apa-apa.
“Saya tidak tahu mengenai perkara lain dan tidak berhak untuk bercakap lebih tentang orang lain kerana saya tidak tahu perasaan orang lain. Jadi, saya tidak mahu komen,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017 (ABK2017) di Petaling Jaya kelmarin.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan punca sebenar kontrak Zhuliang tidak dilanjutkan adalah disebabkan kegagalannya membendung budaya dan persekitaran ketakutan dalam kalangan atlet terjun kebangsaan.
Sebagai rekod, Zhuliang merupakan individu yang bertanggungjawab membantu Pandelela Rinong mendapat pingat gangsa di Sukan Olimpik London 2012 selain membantu gandingan Pandelela dan Jun Hoong mendapat pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016. Dalam perkembangan sama, Jun Hoong, 27, tanpa berselindung mendedahkan dia akan sentiasa mengingati jasa-jasa Zhuliang yang mendidiknya menjadi atlet profesional.
“Apa yang saya dapat hari ini (kejayaan), bukan usaha dan dedikasi saya sahaja tetapi semua pihak.
“Kalau boleh saya mahu jurulatih kekal kerana beliau dikenali di seluruh dunia. Saya rasa siapa mengikuti perkembangan sukan ini akan tahu perkara sebenar,” katanya.
Berbanggakah anda dengan pemaparan begini sebagai sebuah negara umat Islam (bukan negara Islam) Malaysia? (IH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment