SUKAN
KELANTAN bakal menjadi pasukan kedua wajibkan semua pemain menutup aurat apabila beraksi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, peraturan terbaru itu bagi menggalakkan pemain lebih bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah apabila terbabit dalam aktiviti sukan.
“Bagi memastikan hasrat ini tercapai, penaja jersi Kelantan musim depan, Al-Ikhsan akan bertanggungjawab menyediakan pakaian menutup aurat termasuk kepada pemain import nanti.
“Ini salah satu pembaharuan pasukan dan saya fikir apabila tampil dengan imej patuh syariah selepas ini, ia jadi kebanggaan bukan sahaja pemain tetapi negeri ini,” katanya, semalam.
Sebelum ini, kelab bola sepak Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar raya Islam – Urus setia Belia dan Sukan (MPKB-BRI UBeS) FC yang beraksi Liga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi pasukan pertama di negara ini mempraktikkan dasar patuh syariah itu.
Bibi Ramjani berkata, selain skuad senior kempen Liga Super, peraturan itu tidak terkecuali diguna pakai pasukan Piala Belia, Piala Presiden selain skuad futsal lelaki dan wanita Kelantan.
Bibi Ramjani turut umumkan, The Red Warriors mendapat tajaan syarikat pelancongan, Al-Quds Travel Sdn BHD selepas Al-Ikhsan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi pihak Malaysia bila lagi? Masih biarkan rakyat dalam kedosaan dan ketelanjangan?
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
No comments:
Post a Comment