Saturday, December 23, 2017

Masih Buka Premis Judi Simulator, P/Berkuasa Dicabar?




SHAH ALAM: Polis Selangor menggempur premis mesin judi simulator di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jelutong, Shah Alam, malam tadi.
Premis itu adalah yang terbesar diserbu selepas operasi banteras judi besar-besaran pada September lalu.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Pegawai Turus Deputi Superintendan Norhizam Bahaman.
Premis yang beroperasi di sebalik pusat hiburan keluarga (PHK) bagi mengelirukan pihak berkuasa itu menawarkan 12 mesin simulator pelbagai jenis permainan seperti 'wukong', BMW dan Bola Nombor untuk pelanggannya.
Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan kira-kira 50 pemain sedang leka berjudi di premis berkenaan.
"Premis terbabit dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu keselamatan.
"Tindakan segelintir pihak yang masih membuka premis perjudian itu dianggap mencabar pihak berkuasa selepas arahan penutupan premis haram itu dikeluarkan September lalu," katanya.
Sumber berkata, semua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Shah Alam untuk diambil keterangan. (BH)
Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails