Thursday, December 14, 2017

Mengapa Benci Dr Mahathir? - Lim Sian See


Tulisan asal oleh:
Lim Sian See

SALAH satu perkara yang saya benci akan Mahathir adalah bahawa beliau menggunakan logik yang yang tidak masuk akal dengan mengambil kesempatan di atas kekurangan pengetahuan orang lain untuk berbohong kepada mereka.

Beliau kerap melakukan ini. Beliau sangat tidak tahu malu.

Satu lagi pembohongan yang beliau katakan hari ini adalah Najib kehilangan rizab Forex sebanyak AS$39.6 bilion antara tahun 2013 dan 2015 apabila BNM telah menggunakan jumlah itu untuk menstabilkan kadar pertukaran kita daripada jatuh terlalu cepat apabila Ringgit kita melemah.

Mahathir berkata AS$39.6 bilion ini adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang beliau hilang dalam skandal Forex BNM yang menurut beliau digunakan oleh kerajaan untuk menyerangnya.

Kalau begitu, bagaimanakah Mahathir menjelaskan kerugian rizab sebanyak AS$800 bilion yang ditanggung China selama 3 tahun yang lalu semasa melakukan perkara yang sama dengan Malaysia?

Terdapat perbezaan besar antara kerugian yang berlaku dalam pembelian biasa dan penjualan rizab forex dengan perdagangan haram dan spekulasi dan juga menipu kabinet, menipu parlimen dan menyembunyikan kerugian yang didakwa telah dilakukan oleh Mahathir dan Anwar – kemungkinan jenayah pecah amanah (CBT).

Perdagangan biasa BNM pada masa ketika mata wang kita jatuh dengan menjual AS$ untuk menangani turun naik ADALAH TUGAS dan FUNGSI BNM dan rizabnya. Ini bukan perjudian seperti semasa zaman Mahathir dan tidak ada wang sebenar yang hilang dalam spekulasi niaga hadapan di mana anda perlu membayar untuk menebus ramalan gagal anda. Apa yang telah berlaku pada BNM semasa rizab AS$ jatuh ialah wang itu ditukarkan kepada RM – BUKANNYA HILANG.

Malah, BNM mencatat keuntungan besar untuk tahun 2014 (RM6.4 bilion), 2015 (RM7.8 bilion) dan 2016 (RM6.5 bilion) – tidak seperti keuntungan sedikit dan muslihat perakaunan yang tidak boleh dipercayai menggunakan “Perbelanjaan Tertangguh” seperti dalam masa Mahathir untuk menyembunyikan kerugian yang lebih besar.

Tidak seperti Mahathir, Najib tidak menyebabkan BNM muflis dan tidak memaksa BNM untuk menjual MAS dan saham mereka di Telekom, Tenaga dan syarikat lain dalam usaha untuk membantu menutup kerugian BNM.

Dan tidak seperti Mahathir, BNM tidak mengambil risiko kedudukan perdagangan spekulasi yang bersamaan 3 kali ganda KDNK kita dan 5 kali ganda rizab kita pada masa itu. Begitu besarnya risiko yang diambil yang boleh memufliskan Malaysia sebanyak 3 kali!

“Suruhanjaya berpendapat bahawa terdapat penyembunyian yang disengajakan kerana laporan tahunan BNM tidak menyatakan kerugian sebenar yang ditanggung dari urusan forex dari tahun 1992 hingga 1994.
“Ia juga berpendapat bahawa perdana menteri itu (Dr Mahathir) telah membiarkan sahaja tindakan menteri kewangan,” katanya.

Laporan RCI mengatakan bahawa kerugian ini tersembunyi menggunakan “perlakuan perakaunan yang tidak konvensional”, seperti mencatat kerugian kepada simpanan dalam penyata imbangan dan penyerapan baki kerugian melalui pemindahan saham dari Kerajaan kepada BNM serta penciptaan “Perbelanjaan Tertangguh” akan dibayar balik secara ansuran dalam satu dekad.

Siapa yang boleh menyalahkan sesiapa kerana mengesyaki bahawa risiko yang luar biasa itu diambil kerana mungkin ada salah laku atau pencurian – terutama sekali kerana anda kemudian berusaha sedaya upaya untuk menutupnya? Tetapi ini adalah tugas polis untuk menyiasat.

Malangnya, zombi nampaknya tidak memahami perbezaan utama penggunaan rizab FOREX yang sah dengan apa yang BNM di bawah Mahahtir dan Anwar lakukan pada masa itu dan cubaan untuk menyembunyikannya yang dilakukan secara haram.

Itulah sebabnya Mahathir terus berbohong dengan menggunakan perbandingan yang bodoh seperti ini kerana zombi adalah bodoh. (sUARA TV)


Lihat sebelum ini..

3 comments:

  1. Kalau dibodohkan pun, kerugian itu tidak masuk dalam poket mahathir.

    Jual saham mas atau telekom tidaklah sampai negara luar buat tembok besar di tanah air..

    Cukup setakat tu..
    Ler..Dian Dia

    ReplyDelete
  2. RCI KORUP.Kalau TUN harus bertanggung jawab atas kerugian itu, mengapa tidak Najib?. Ini tidak adil. Hehehekikikihahahakahkahkah

    ReplyDelete