Saturday, December 16, 2017

Menyamar Wanita Solat.. Mencuri -Video.




KUALA NERUS- Terdesak, seorang lelaki sanggup menyamar sebagai jemaah wanita dengan mengenakan telekung dan solat Subuh bersama-sama, sebelum melarikan beg tangan seorang jemaah, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu di Masjid Wakaf Tembesu, di sini, jenayah yang dilakukan suspek berkenaan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.
Menurut penyelia masjid, Mohd Sukhri Hashim, dalam rakaman CCTV itu suspek yang memakai telekung dilihat memasuki ruang solat wanita dan berpura-pura solat di saf belakang.
“Bagaimanapun, sebaik jemaah wanita sujud selepas selesai bacaan doa Qunut, suspek berkenaan dengan pantas mencapai beg tangan jemaah wanita di saf di hadapannya.
“Suspek yang dipercayai warga tempatan itu kemudian terus melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di luar kawasan masjid,” katanya kepada Berita Harian.
Kata Sukhri lagi, ini merupakan kali ketiga insiden seumpama itu berlaku di masjid tersebut.
Kejadian itu menyebabkan mangsa kehilangan anggaran RM1,000 termasuk sebuah telefon bimbit dan wang tunai. Bagaimanapun, mangsa tidak membuat aduan polis.




Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Jika pencuri-pencuri itu beriman kepada Allah dan RasulNya dan hari akhirat, mereka tidak akan mencuri harta benda dan wang orang ramai yang sedang melakukan solat dalam masjid.

Ini jelas pencuri-pencuri itu adalah dari golongan munafik bangsat dan celaka yang tidak takut pada hari pembalasan di akhirat dan mereka sedang menempah tempat mereka dalam neraka untuk menemani syaitan dan iblis. Jika mereka yakin kewujudan hari pembalasan di akhirat, mereka tidak akan mencuri.

Jika Hudud dilaksanakan dan tangan pencuri-pencuri tersebut dipotong di khalayak ramai, ramai manusia akan menghapuskan niat mahu mencuri kerana mereka takut kehilangan tangan mereka dan mendapat malu di khalayak ramai.

Malangnya, puak sekular, liberal dan kafir harbi memomok-momokkan dan menentang Hudud sedangkan kita semua mengetahui undang-undang sekular telah lama gagal melindungi rakyat dan harta benda rakyat. Puak sesat dan puak kafir harbi inilah yang melindungi penjenayah dengan mempertahankan undang-undang sekular dan menentang Hudud. Penjenayah tidak takut pada penjara sekular.

Meneruskan dan mempertahankan undang-undang sekular yang berjaya menambah bilangan penjenayah dan gagal mengurangkan kadar jenayah adalah perbuatan yang menghina minda manusia yang waras.

Melakukan kerja yang sama berulang-kali untuk mendapat kegagalan adalah kerja gila.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails